Hamil Anak Kedua, Tasha Manshahar Buka Cerita Pernah Terdetik Nak Tangguh Ambil Vaksin Sebab…

Share

Penyanyi, Tasha Manshahar mendedahkan dirinya pernah terdetik untuk menangguhkan terlebih dahulu proses penerima vaksin gara-gara bimbang akan keadaan kandungannya.

Bagaimanapun, setelah mendapatkan beberapa khidmat nasihat, Tasha akhirnya memutuskan untuk menerima suntikan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan jumlah kes Covid-19 di negara ini kian meningkat setiap hari.

“I almost nak tangguh vaksin sebenarnya. Sbb takut effect baby, effect kesihatan i. Tapi mengenangkan effects kalau kena covid tanpa vaksin lagi teruk nauzubillah, i decided utk ambil vaksin.

“Alhamdulillah, dah 2 hari selepas vaksin ni takde demam, takde side effects teruk, sakit tangan pun dah hilang Alhamdulillah. Baby pun gerak macam biasa.

“Sebelum pergi vaksin haritu, I consulted ramai doktor (yela kang esok lusa jadi apa-apa kita cari doktor jugak kan), tanya pendapat preggy moms yg dah vaksin, tanya apa doktor dorg advice, tanya kaklong yg dah handle ribuan kes covid @kai_kaklong .

“Even sebelum kena jab haritu i tanya doktor lagi. I tak takut actually, i cuma perlu diyakinkan,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagi Bukan Aku itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Tasha turut menasihatkan kepada semua ibu-ibu mengandung untuk tidak berasa ragu-ragu untuk menerima suntikan vaksin kerana menyifatkan ibu mengandung merupakan antara golong yang mudah terdedah dengan penularan wabak ini.

“Preggy moms adalah golongan high risk. Ya, berisiko tinggi. Memang kita duduk rumah diam-diam tak keluar. Doktor kata, mostly preggy moms yang positif covid diorang memang tak ke mana-mana pun.

“Tapi, orang dalam rumah yang terpaksa mobile. Keluar masuk beli barang, pergi kerja dan sebagainya.

“Tanpa disedari dan tanpa disengajakan, bawa balik virus ke rumah dan menjangkiti preggy moms yang duduk rumah diam-diam ni. Mana yang rezeki tak teruk alhamdulillah.

“Tapi ramai juga preggy moms dkt ICU,
terpaksa czer keluarkan baby awal, rezeki ibu survive, baby pulak tak survive dan sebaliknya.

“Nauzubillah. I doakan semua preggy moms yg tengah tengok post ni sentiasa dilindungi, selamat, dijauhkan daripada wabak Covid-19 ni aaamiiin. Kita doakan juga ibu-ibu yang tengah berjuang melawan Covid Allah beri kesembuhan segera aamiin,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, kaedah vaksin ini juga merupakan salah satu cara untuk kita berikhtiar untuk berdepan dengan keadaan pandemik yanh tidak menentu ini

“Ambil vaksin tidak bermakna kita tidak akan dijangkiti Covid. Possibility masih ada tapi sekiranya kita dijangkiti virus covid yang sebenar nauzubillah, kesannya tak seteruk jika kita dijangkiti tanpa vaksin.

“Jom la sama-sama kita kurangkan jumlah patients dalam ICU dan kurangkan angka kematian. Kita nak tingkatkan angka kes sembuh. Jangan kata alaaa aku takkan kena covid. Takde seorang pun daripada 1 juta lebih pesakit covid dekat Malaysia ni yang saja-saja nak kena covid.

“Mereka semua tak sangka akan terkena jangkitan. Ada yang tak sure pun dapat dari mana. Nak menyesal pun tak boleh.

“Jadi, jangan takut ambil vaksin. Vaksin adalah protection. Kita ikhtiar. Bismillahitawakkaltu’alallah,” tulisnya.

Sekadar informasi, Tasha telah pun mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Raqib Majid pada tanggal 8 September 2018.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muammar Rafiqi dan kini mereka juga sedang menghitung hari untuk menantikan detik kelahiran cahaya mata kedua.

Sumber: Instagram Tasha Manshahar

Published by
Aizam Manaf