Penyanyi Ernie Zakri mengakui mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata, terutama selepas anak sulungnya, Nur Khawla Soleha, semakin membesar.
Bagaimanapun, Ernie dan suaminya, penyanyi Syamel, perlu merancang dengan teliti atas kesibukan jadual kerja mereka.
“Khawla sudah masuk usia tiga tahun. Saya memang ada perancangan untuk hamil kali kedua, tapi saya nak tunggu Khawla besar sedikit. Mungkin ketika usianya empat tahun. Kita tengok dahulu keadaannya bagaimana.
“Pekerjaan saya dan Syamel ini memang perlukan perancangan. Saya tidak boleh mengandung secara tiba-tiba. Kita kena susun perjalanan itu dengan cantik.
Ads
“Syamel pun ada perancangannya sendiri iaitu untuk keluarkan album. Saya tidak mahu fokusnya beralih. Untuk punyai cahaya mata bukanlah satu perkara mudah. Ia memerlukan komitmen yang besar dan pemahaman daripada pasangan,” katanya kepada MH.
Anak Mula Bertanya
Dalam pada itu, penyanyi lagu Aura ini turut berkongsi bahawa anaknya sudah mula bertanya mengenai kehadiran adik kecil.
“Saya bukan nak ada seorang cahaya mata sahaja. Anak saya pun sudah mula bertanya. Saya pun tak tahu dari mana dia belajar. Mungkin daripada neneknya.
Ads
“Baru-baru ini, Khawla ada bertanya, dia nak baby kecil yang lain. Baby kecil yang keluar daripada perut ibunya. Nampaknya, dia sudah mula memahami sebab usianya sudah besar.
“Dia juga berkawan dengan orang-orang besar di rumah. Kita pun bagitahu dia, kena tunggulah dahulu. Insha-Allah ada rezeki nanti,” ujarnya lagi.
Rutin Ramadan
Sementara itu, Ernie turut berkongsi sepanjang Ramadan ini, dia lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga selepas sibuk dengan jadual kerja sejak tahun lalu.
Ads
“Selama hampir dua minggu kita berpuasa, saya banyak berada di rumah. Memang saya nak luangkan masa yang banyak bersama keluarga saya. Saya nak jadi suri rumah yang cantik di bulan puasa ini.
“Saya nak masak buat keluarga setiap hari. Lagipun, bulan Ramadan ini bulan ibadah. Kita akan luangkan masa bersama untuk beribadah,” katanya.
Untuk rekod, Ernie mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 26 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Pasangan ini dikurniakan seorang puteri sulung yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 22 Februari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ashraf Muslim berasa bangga atas kejayaan yang dicapai Erina Emalina Ismail, peserta wanita dari Malaysia menjuarai sukan memanah berkuda peringkat dunia.
Malah, Ashraf turut meluahkan rasa kagum dengan kejayaan yang kecapi atlet berkenaan kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Rasa terharu dan terkesima sangat-sangat. Kalau nak tahu Malaysia memang hebat dalam memanah berkuda, tak kisah lelaki atau perempuan. Dua-dua hebat. Tahniah!!!
“insyaAllah.. my turns will come. Mula jatuh cinta dengan memanah berkuda bila mengenali @akmaldahalan_ad di @ladangalamwarisan.
“Sebagai org melayu dan islam kena belajar dan mahir dalam memanah berkuda. Banyak kelebihannya.
“Sama-sama kita angkatkan sukan memanah berkuda Malaysia di mata dunia.
“Apa? Am bila lagi? Coming soon!,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Sekadar informasi, Erina turut meraih pingat emas daripada World Horseback Archery Championship bagi acara Multiple Shots (Individu) di Korea Selatan, tahun lalu.
Video: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ummi Nazeera akui dirinya tidak mahir memasak dan masih dalam proses belajar.
Meski tidak begitu mahir, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah tidak malu untuk mengakui perkara tersebut bersama peminat.
“Tak ada lah baru start belajar, tetapi baru mula belajar resepi memasak lainnya sebab suami saya suka makanan yang sihat.
“Mungkin kerana dia doktor, jadi pastinya suami mahukan menu sihat untuk dijamah. Malah suami siap belikan buku resepi makanan sihat untuk saya.
“Lalu apabila suami makan masakan kita meski mungkin ia tidak berapa sedap, rasa seronok dan puas itu ada.
“Jadi secara tak langsung, ia membuatkan kita punya lebih semangat untuk memasak buat si dia,” katanya jujur.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini mengakui tak perlu rasa malu melainkan tiada rasa untuk mahu terus belajar.
“Saya tak malu kalau orang cakap saya tak pandai masak sebab kita perlu malu kalau kita tak mencuba. Saya tak malu sebab mencuba dan masih lagi belajar.
“Belajar itu adalah satu perkara yang baik. Jadi kenapa malu untuk belajar kan?,” jujur kata Ummi kepada MH.
Ummi berkata demikiancsejurus ditemui MH pada sidang media drama bersiri Suri Katriana yang berlangsung di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Drama bersiri tersebut turut dibintangi pelakon hebat seperti Nazim Othman, Ernie Zakri, Aishah Azman, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.
Suri Katriana bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima & Prima HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber, tidak termasuk dalam senarai individu yang menjadi mangsa kepada produser muzik Sean "Diddy" Combs yang kini berdepan pertuduhan jenayah...