Tidak dinafikan, kehilangan insan yang tersayang dalam kehidupan bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui penyanyi Bunga Citra Lestari.
Setelah lebih 5 bulan kehilangan suami tercinta, Bunga kelihatan tetap terus tabah menjalani kehidupan hariannya seperti biasa.
Baru-baru ini, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini ada berkongsi beberapa keping foto arwah suaminya, Ashraf Sinclair bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Pada masa yang sama, rata-rata peminat mendoakan agar Bunga terus tabah mengharungi ujian hidup.
Ads
Imbas kembali, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aiden Sinclair, 10 tahun.
Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Juri tetap program Famili Duo, Mas Idayu memilih untuk tidak memberikan sebarang komen terhadap persembahan para peserta di minggu separuh akhir, malam ini.
Pengumuman itu dimaklumkan rakan juri, Ajai sebelum melontarkan komen terhadap persembahan pertama daripada Siti Saida dan Siti Sairah.
“Saya ada pengumuman di sini. Mas Idayu tidak akan memberikan komen apa-apa pada hari ini.
“Sebab dia risau komen yang diberikan nanti akan disalaherti. Jadi saya menghormati keputusannya,” kata Ajai.
Para penonton yang berada di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bagaimanapun dilihat memberikan sokongan kepada penyanyi lagu Robek Hatiku itu.
Malah, Saida dan Sairah turut memujuk Mas Idayu dan mahu mendengar komen daripdanya, namun penyanyi berkenaan hanya tersenyum dan memberikan reaksi ‘bagus’.
Terdahulu, kontroversi tercetus apabila penyanyi Sissy Imann sebak sehingga mengalirkan air mata selepas mendengar komen pedas Mas Idayu, minggu lalu.
Sissy bersama sepupunya, Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi dalam versi keroncong menerima respon negatif Mas Idayu.
Sissy yang kehilangan kata-kata sejurus insiden tersebut juga tidak muncul di segmen terakhir program tersebut.
Namun, Mas Idayu akhirnya ‘mengalah’ seterusnya memberikan komen terhadap persembahan kedua yang dijayakan Ayda dan Fyna Jebat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Yana Samsuddin mendedahkan suami yang juga pelakon Fadzil Zahari sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya, namun dia memilih untuk melunaskan beberapa impian dan tanggungjawab terhadap keluarga sebelum mendirikan rumah tangga.
Yana mengimbas nostalgia manis mereka berdua sebelum mendirikan rumah tangga dan Fadzil juga sebelum ini merupakan sahabat baik yang sering menyokong perjalanan seninya.
“Saya tahu Fadzil sebenarnya sudah lama menyukai saya, malah dia juga pernah menghantar rombongan merisik ke Johor pada ketika itu, namun ditolak secara baik. Bukan apa, banyak perkara yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
“Saya ingin membeli rumah buat keluarga terlebih dahulu, malah tidak ralat biarpun hanya memakai kereta Kelisa pada ketika itu. Biarlah orang lain menukar kereta dan sebagainya, saya setia dengan kereta lama kerana banyak yang saya impikan pada masa itu.
“Alhamdulillah, Setelah segalanya terlaksana, saya bersedia untuk memikirkan mengenai diri sendiri ada usia 30 tahun. Saya bersyukur walau apa jua cabaran dan rintangan, Fadzil sentiasa berada di sisi,” katanya.
Yana berkongsi kisah tersebut ketika menyertai sesi IG Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS).
Sesi itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.
Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya pula, wanita asal Yong Peng, Johor itu mengakui lebih selesa bergerak di belakang tabir di kerusi pengarahan.
Jelas Yana, rezeki bagaimanapun lebih berpihak kepada bidang lakonan.
“Saya bermula sebagai penyanyi bagi lagu filem Mami Jarum yang mana pada ketika itu baru berusia 17 tahun. Kemudian saya bekerja di Metrowealth International Group (MIG) di bahagian ‘editing’ maka disitulah bermula segalanya.
“Saya merupakan pengarah termuda pada usia 23 tahun mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta lakonan Fazura. Kutipan bagi filem berkenaan hampir mencecah sejuta yang boleh dikatakan cukup baik pada masa itu,” katanya lagi.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga dengan pada 13 Februari 2015 dan mereka bahagia harmoni bersama dua cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menanggung kerugian lebih RM50,000, rumah keluarga dan kafe kepunyaan penyanyi, Wani Syaz merupakan antara yang teruk terjejas akibat musibah bajir di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
Jelas Wani, ketika kejadian air naik itu, dia sekeluarga hanya sempat menyelamatkan nenek yang uzur, kucing dan beberapa helai baju sahaja.
“Rumah dan kedai kepunyaan saya merupakan antara yang teruk terkesan akibat banjir. Kalau ikutkan, memang tiada apa yang dapat diselamatkan di rumah tersebut.
“Memandang kami ini rumah kampung, untuk air kembali surut itu bukan sekejap. Kemungkinan ambil masa tiga minggu juga. Air naik hingga ke paras pinggang.
“Ketika air naik, saya hanya sempat selamatkan kucing, bantu nenek yang lumpuh dan capai beberapa helai baju. Perabot dan perkakasan elekrik memang tak dapat nak diselamatkan.
“Saya tak pasti tentang jumlah kerugian. Namun, saya anggrankan lebih RM50,000. Kafe saya pun terkesan tapi saya sempat angkat perkakasan elektrik ke tempat yang lebih tinggi,” katanya kepada MH.
Wany berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pengenalan single duet terbarunya bersama Wany Hasrita berjudul, Sakitnya Penantian pada Rabu.
Kongsi penyanyi berusia 25 tahun ini lagi, disebabkan jumlah mangsa yang terkesan agak tinggi, dia sekeluarga tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebaliknya menetap di rumah sepupunya sehingga banjir surut.
“Kali terakhir Batu Pahat dilanda banjir besar seperti ini adalah pada tahun 2006. Ketika itu, saya masih kecil. Jadi, saya tak berapa ingat. Bila dah besar ni, baru tahu macam ni rasanya banjir.
“Kami tak pergi ke PPS kerana penuh. Jadi, kami sekeluarga menumpang di rumah sepupu saya. Alhamdulillah, ada tempat kami nak tinggal,” kongsinya lagi.
Jelasnya lagi, meskipun perasaan ketika ini agak sedih, namun dia sekeluarga perlu fokus mengemaskan kawasan rumah memandangkan bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.
“Kami sekeluarga memang sedih. Ibu sampai menangis. Saya tidaklah menangis tapi lebih kepada termenung.
“Perancangan kami sekarang adalah untuk menunggu air surut dan fokus untuk mengemas. Kita pun dah nak sambut bulan Ramadan. Kedai pun kena bersihkan juga.
“Sedih juga nak sambut Ramadan sebegini tapi nak buat macam mana. Kita kena reda dan terima sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, single Sakitnya Penantian Ini merupakan kolaborasi ketiganya bersama Wani Hasrita.
Lagu ini juga sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman dan muzik video pula sudah pun dimuat naik di laman Youtube FMC.
Kredit Video: Instagram Wani Syaz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!