Sukses! Mungkin itu gambaran yang boleh diberikan apabila tempat duduk Stadium Merdeka telah diisi hampir 25,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan Konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza, pada Sabtu.

Sama-sama berjaya memukau audiens, figura popular dari dua negara itu mempersembahkan lebih 30 lagu secara solo dan duet termasuk lagu-lagu medley.

Hampir 25,000 Penonton Jadi Saksi Konsert Siti & Judika Yang Sukses, Paduan Dua Vokal Emas Bergema Di Stadium Merdeka! Hampir 25,000 Penonton Jadi Saksi Konsert Siti & Judika Yang Sukses, Paduan Dua Vokal Emas Bergema Di Stadium Merdeka! Hampir 25,000 Penonton Jadi Saksi Konsert Siti & Judika Yang Sukses, Paduan Dua Vokal Emas Bergema Di Stadium Merdeka! Hampir 25,000 Penonton Jadi Saksi Konsert Siti & Judika Yang Sukses, Paduan Dua Vokal Emas Bergema Di Stadium Merdeka!

Anggun mengenakan persalinan ilham pereka Ezuwan Ismail dan ditatarias juru solek Epie Temerloh, Siti meluahkan rasa teruja melihat kesudian para peminat yang hadir pada malam penuh bermakna itu.

“Konsert di Axiata Arena sebelum ini boleh memuatkan 12,000 penonton dan hari ini, di sini, 25,000 penonton. Terima kasih kepada semua,” katanya.

Ads

Sementara itu, Judika yang segak mengenakan baju daripada pereka Razman Razmi pula akui gembira apabila dapat sama-sama beraksi di stadium bersejarah bagi negara kira.

“Ini impian saya untuk beraksi di Stadium Merdeka dan kini menjadi kenyataan,” katanya.

Hampir 25,000 Penonton Jadi Saksi Konsert Siti & Judika Yang Sukses, Paduan Dua Vokal Emas Bergema Di Stadium Merdeka! Hampir 25,000 Penonton Jadi Saksi Konsert Siti & Judika Yang Sukses, Paduan Dua Vokal Emas Bergema Di Stadium Merdeka! Hampir 25,000 Penonton Jadi Saksi Konsert Siti & Judika Yang Sukses, Paduan Dua Vokal Emas Bergema Di Stadium Merdeka! Hampir 25,000 Penonton Jadi Saksi Konsert Siti & Judika Yang Sukses, Paduan Dua Vokal Emas Bergema Di Stadium Merdeka!

Ads

Pada malam itu, antara lagu yang disampaikan mereka termasuk Bukan Cinta Biasa, Hati Kama, Wajah Kekasih, Balqis, Nirmala, Mama Papa Larang, Bukan Rayuan Gombal dan banyak lagi.

Terdahulu, Siti dan Judika diarak masuk ke stadium dengan menaiki kereta sport jenis GTR mengelilingi stadium sebelum muncul di pentas sebagai gimik pembukaan.

Malah penonton turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh Faizal Tahir yang menyampaikan tiga lagu popularnya.

Ads

Menjadi memori buat semua, langit Stadium Merdeka juga diserikan dengan pertunjukan bunga api berskala besar selama beberapa minit selain pencahayaan mernarik dari Menara Merdeka 118.

Selain peminat Siti dan Judika, rakan artis turut sama-sama hadir memberikan sokongan antaranya Hael Hussaini, Fatah Amin, Marsha, Mira Filzah, Nora Dansih, Anzalna Nasir dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial Kau tiba-tiba terkejut! “… diciptakan seorang insan…” Nah dengan ‘belon planet’ sekali keluar! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI