Sedang menanti detik melahirkan cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Shima Anuar kini sudah menyiapkan barangan diri sendiri dan bayinya.
Perkara itu dikongsikan pelakon Highlands Tower di laman Instagram.
“I am almost #9monthspregnant. My hospital bag is ready! (kalau boleh please prepare barang awal siap2. just incase baby tak sabar nak keluar awal drpd tarikh yg sepatutnya. takde la kelam kabut nanti) So here is harta karun dalam hospital bag i. Saja share mana tau berguna untuk mommies yg first time nak beranak. 😁
Menerusi gambar pada tanda ke 16 (hair dryer dan curly iron), netizen amat tertarik dengan barangan tersebut.
Sehinggakan ada yang meninggalkan komen yang pelbagai.
Untuk rekod, Shima berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.
Foto: Instagram Shima Anuar