Semalam, portal berita, Harian Metro melaporkan mengenai keadaan pengarah dan penerbit, Shuhaimi Lua yang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tekanan darahnya dilaporkan naik secara mendadak.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Shuhaimi memberitahu, dia sebenarnya hampir diserang strok untuk kali yang kedua sewaktu berada di hospital.
Bagaimanapun, Shuhaimi memaklumkan keadaannya kini telah pun bertambah baik dan dia juga sudah dibenarkan untuk keluar daripada hospital hari ini.
“Terima kasih yang sudi mendoakan kesihatan saya.
“Nasib baik, saya sebenar hampir nak kena strock untuk kali kedua tapi tak jadi strock atau T.I.A,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, pengah drama Oh My Hantaran ini turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang mendoakan mengenai kesihatannya itu.
Katanya lagi, dia juga akan kembali ke set pengambaran pada Khamis bagi menyempurnakan tugasanya yang telah tertangguh.
“Syukur sangat dan sekarang saya dah discharge. Esok saya dah masuk set dah #ohmyhantaran kerana schedule artis pun pack,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan doa agar Shuhaimi segera sembuh seperti sedia kala.
“Semoga Cik Mie cepat sihat.
“Jaga kesihatan bang. Moga cepat sihat.
“Semoga Abang Mie cepat sembuh ye. Abang Mie be strong.
“Take care. Banyakkan doa agar Allah pelihara kita,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Oh My Hantaran merupakan sebuah drama komedi arahan Shuhaimi yang turut menampilkan pelakon seperti Eliya Sandha, Nazia Mustafar, dan Jaafar Onn.
Drama ini juga merupakan percubaan pertama Noki untuk berjinak-jinak di dalam dunia lakonan.
Sumber: Instagram Shuhaimi Lua