Selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu, Nina Iskandar difahamkan sudah sedia untuk ke set penggambaran. Malah, dia turut bercuti di Turki.

Nina telah memuat naik beberapa keping fotonya di negara berkenaan menerusi Instagram, beberapa hari lalu.

View this post on Instagram

?

A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar) on

Bagaimanapun, ada di antara peminat yang mulai bertanya mengenai ‘perubahan’ yang berlaku di bahagian wajah pelakon berkenaan, yang mana bibirnya kelihatan lebih tebal.

Sebelum ini, dikatakan bibir pelakon Isteri Dalam Sangkar itu lebih nipis.

Ads

Hampir Dua Bulan Selepas Kemalangan, Peminat Musykil Kenapa Bibir Nina Iskandar ‘Macam Tebal’, Ini Penjelasannya!

“Dari dulu lagi dah lawa, tapi kenapa cucuk bibir jadi tebal pula?,” tanya seorang pengguna Instagram.

Ads

Lalu, pertanyaan tersebut dijawab pelakon berkenaan dengan mengatakan ia adalah kesan jahitan yang diterima akibat kemalangan tempoh hari.

“Tak pernah cucuk. Tapi saya accident hari tu, so ada jahitan kat luar dan dalam. So jahitan dalam ambil masa untuk sembuh.

Ads

“InsyaAllah akan jadi seperti sediakala. Doakan ya,” balas Nina.

Menerusi laporan media sebelum ini, kereta yang dipandu Nina dilanggar dua buah kereta lalu mengakibatkan bibirnya koyak dan tulang belakangnya retak.

Foto: Instagram Nina Iskandar

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI