Menjadikan penutup tahun 2019 sebagai kenangan terindah, pelakon dan pengacara Yatt Hamzah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada 30 Disember (Isnin) jam 6:01 petang.
Berita itu dikongsikan pelakon itu di Instagramnya.
“Assalamualaikum semua. Selamat Tahun Baru dari baby yg hampir2 lahir pada tahun baru 2020 tapi x jadi, bernama SUCI…
“Haaa agak2 nak letak nama Suci apa kali ni? By @zulfadhli_khiruddin Our little princess finally arrived. Xsmpt tggu tahun baru ye anak Alhamdulillah. Terima kasih atas doa kalian,”tulisnya .
Dalam pada itu, Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah berkongsi momen selepas melahirkan anak perempuannya itu seberat 3.3kg.
Bagaimanapun setakat ini, Yatt dan suami masih belum menetapkan nama anaknya itu.
“Moment sejurus selepas melahirkan baby Suci tepat 6.01pm, 30 Dec 2019* (Ya muka Bonda selebet, tudung senget selepas menahan sakit dan meneran berjam2 tp abaikan jelah).
“TQ ALLAH utk HADIAH TERINDAH, paling bermakna, penutup 2019. Tq 2019 utk segala suka duka, bahagia derita, manis pahit, sihat sakit, bangun jatuh, terang gelap, senang susah dan luas sempit yg mengajar kami erti KEHIDUPAN.
“Ya Allah ajarkan kami erti sebenar SYUKUR. Alhamdulillah kami masih KAU berikan peluang menumpang segala PINJAMAN ini. ALHAMDULILLAH.
“TQ ALLAH..Hadiah ini terlalu istimewa. KAU terlalu baik.. Kau berikan segalanya, apa shj yg kami pinta atau tidak, KAU pasti berikan yg terbaik buat kami. SYUKUR ALHAMDULILLAH.
“2020..amAyuh berjuang bersama2 kami. Rabbi Yassir Walatuassir. Bismillahirrahmanirrahim,” akhirinya.
Terdahulu, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.
Yatt turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 8 tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
Foto: Instagramn Yatt Hamzah