Penyanyi dan penulis lagu, Faizal Tahir berharap agar anak-anaknya berfikir panjang terlebih dahulu sebelum mahu mengikut jejak langkahnya untuk meceburkan diri di dalam industri seni.
Menurut Faizal, mereka yang melibatkan diri didalam dunia seni ini harus mempunyai kekuatan mental dan fizikal.
“Saya tidak akan menentang tapi saya akan cuba nasihat ada pilihan dan pekerjaan yang lebih baik.
“Orang yang nak masuk industri ini, mereka kena kuat daripada segala aspek,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga sudah mengambil iktibar daripada segala kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini.
“Ambil contoh, isu yang melibatkan saya ketika konsert 8TV 12 tahun lalu, di mana saya buka baju.
“Saya bernasib baik kerana pada ketika itu sosial media belum betul-betul digunakan oleh orang ramai. Ramai masih baca surat khabar. Masa itu boleh dikira agak teruk.
“Hampir sebulan saya masuk surat khabar. Siap muka depan lagi. Itu baru surat khabar.
“Bayangkan macam mana kalau sosial media dah berleluasa masa tu?
Mampus saya, rasanya saya dah balik kampung buat kerja lain,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya adakah insiden buka baju itu masih berbekas di hatinya, penyanyi lagu Sampai Syurga ini memberitahu, segala apa yang diperkatakan adalah teguran buat diri sendiri.
“Tidaklah. Saya sebenarnya hanya suka bergurau. Apapun yang saya kata, semuanya ditujukan kepada diri sendiri.
“Biar orang tahu apa yang saya sebuat sebenarnya bukan untuk hemtam orang lain tapi untuk hentam diri sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, Faizal baru sahaja melancarkan single terbarunya hasil kolaborasi bersama penyanyi, Amira Othman menerusi lagu Alah Bisa.
Single Alah Bisa kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Faizal Tahir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.