“Hampir Sebulan Tinggal Berjauhan, Masih Isteri Aliff Aziz,” – Nafi Berpisah, Bella-Aliff Cari Ketenangan

Share

Kecewa perihal hubungannya diperbesar oleh sesetengah pihak hingga membuatkan ramai terkeliru, Bella secara jujur dia masih bergelar isteri kepada Aliff Aziz.

Katanya, masih memegang status sebagai isteri dan soal cerai bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan bagi pasangan suami isteri itu.

Kita berdua ambil masa untuk berjauhan. Hampir sebulan jugalah, sebab memang ramai yang tanya sama ada kami sudah pun berpisah.

“Bila orang asyik bercakap mengenai isu tersebut, banyak perkara yang harus difikirkan. Bukannya hari ini gaduh, esok mahu bercerai, bukan mudah.

“Sebab itu kami ambil keputusan untuk berjauhan seketika dan perlukan masa untuk fikir semua aspek,” ulasnya jujur.

Sementara itu, Bella turut berkongsi hingga kini masih ada yang seakan tidak tidak selesa dengan pendedahan yang dilakukan di media sosial.

Namun kata wanita jelita ini, itu sahaja cara yang mampu mengungkapkan kesedihan, dan dalam masa sama memberi kesedaran buat pasangan lainnya juga.

Saya sudah tidak mahu ambil tahu. Mungkin masa itu saya ikutkan perasaan. Sebetulnya ia jadi pengajaran dan sebab itu saya bertindak memadam sesetengah entri yang dimuat naik.

“Semoga benda ini jadi iktibar untuk saya dan untuk mereka yang sudah berkeluarga. Pada orang, mungkin ada yang anggap saya tidak matang, kata telan je la apa yang jadi.

“Cuma ada ketika saya akan cakap kalau ada yang tidak selesa dengan apa yang Bella post, just unfollow. Ini cara Bella untuk meluahkan dan mewakili golongan wanita lain yang mengalami nasib yang sama. Lain orang lain cara,” kata wanita cekal berusia 25 tahun ini.

Terdahulu, Bella bersama rakan artis lain seperti Sufian Suhaimi dan Farah Nabilah bakal menghiburkan tetamu pada sesi ADRF Charity Hi Tea pada 28 April bertempat di PWTC, Kuala Lumpur bagi mengumpul dana khusus bagi penduduk PPRT dan mereka yang kurang berkemampuan.

Pada majlis amal itu, Bella akan mengalunkan beberapa buah lagu sambil beramah mesra dengan penonton.

 

Published by
Noraini Abd Wahab