Sepakat memilih permata hati sulung, Aslan bin Adam, penyanyi Kaka Azraff dan suami Adam Azriff gembira dengan kehadiran baru dalam ahli keluarga.

Malah, Adam turut memberikan dedikasi khas buat anaknya yang kini berusia lima hari.

“Daddy nak kamu tahu yang Dia sentiasa mendoakan agar kamu menjadi seorang yang hebat, berpengetahuan, penuh kasih sayang dan keimanan dalam hati yang penuh kepada Allah.

“Daddy berharap agar kamu membesar menjadi seorang anak yang baik kepada semua orang dan diri sendiri ketika menghadapi kesulitan dalam hidup.

“Satu hari nanti, kamu akan mengambil alih tempat Daddy untuk menjaga Mummy dan menjadi ketua keluarga. Meski kamu baru berusia empat hari, tetapi aku telah mengajar Daddy banyak perkara.

Ads

“My existence makes so much sense now that you are here in my arms. And always remember, a lion never loses sleep over the opinions of sheep.

“Everybody, meet my legacy, Aslan bin Adam,” tulisnya sambil disertakan foto bersama Aslan.

Ads

Sementara itu, penyanyi lagu Bukan Hal Aku kini sedang menjalani proses berpantang.

Ads

Terdahulu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff telah selamat melahirkan anak sulung pada jam 2.14 petang pada Jumaat.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.

Foto : Instagram Adam Azriff/ Kaka Azraff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI