Sejak semalam, nama vokalis band, Hujan, Noh Salleh menjadi perhatian ramai susulan dakwaan berkomplot dengan pembantu rumah untuk menculik anak angkatnya, Musa.
Menerusi temubual bersama Melodi, Noh menafikan perkara tersebut selain turut memaklumkan dirinya telah mendapat amanah daripada ibu kandung Musa sendiri untuk menjaga anak tersebut.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram pada malam Ahad, Noh memaklumkan, wakil kepada Mizz Nina termasuk suaminya telah hadir ke rumahnya untuk kembali mengambil Musa daripada jagaannya.
Menurut Noh, dia juga merima surat perintah daripada pihak mahkamah untuk menyerahkan anak tersebut.
“Buat pengetahuan umum, interview bersama Melodi telah dijalankan pada tarikh 13/1/2024 pada jam lebih kurang 2.45 ptg.
“Namun, malam semalam, dalam jam lebih kurang 8.30 malam, pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkanah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah,” tulisnya.
Ads
Lantaran itu, bagi menghormati pihak mahkamah, Noh memaklum dirinya telah menyerahkan Musa kepada wakil Mizz Nina meskipun tanpa kerelaan hatinya.
“Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya.
“Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Noh turut memaklumkan insiden pada malam tersebut telah berlansung dengan aman malah, dia juga percaya hal ini sepatutnya dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik.
Ads
“Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dengan jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.
“Saya berharap statement ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian.
Dalam pada itu, Noh turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Musa.
“Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni,” katanya lagi
Ads
Sebelum ini, media melaporkan anak seorang selebriti wanita dilarikan pembantu rumah warga asing, namun berjaya ditahan polis pada hari kejadian selepas dia bertindak pantas dengan membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor.
Hasil siasatan mendapati, bekas suami selebriti wanita yang pernah bergelar penyanyi suatu ketika dulu itu didakwa menjadi dalang penculikan.
Justeru, nama Mizz Nina dan Noh hangat diperkatakan dan menarik perhatian warga maya, namun masing-masing bertindak berdiam diri dan tidak mengulas lamgsung isu tular itu.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan mereka tidak dikurniakan anak. Kini, Noh mahu pun Mizz Nina sudah mendirikan rumah tamgga kali kedua dengan pasangan pilihan masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mizz Nina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fazreen Rafi ada berkongsi satu mimpi yang alaminya, awal pagi tadi.
Menerusi Instagram, bapa kepada empat cahaya mata itu mengalami mimpi di mana isterinya, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hassan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan.
Dia yang terkejut dengan mimpi terus tersedar sambil menyifatkan ia cukup memberi kesan seterusnya memohon doa dariNya.
“Tersedar dr mimpi 3,45 pagi mengucap panjang faz.. faz mimpi isteri faz mati accident kena langgar dr belakang lepas tue bermula perjalanan hidup tanpa isteri faz.
“Anak2 tanya mommy mana, kena uruskan ank sendiri, ank mintak makan sbb lapar, faz nk pergi kerja ank2 nk ikut sbb xde mommy, faz sediakan semua baju sendiri nk pergi shooting, pergi memancing kolam sedih sbb isteri faz xde temamnkan faz,faz pergi lepak, kwn2 ucap takziah siap bg duit, x boleh lepak lama teringatkan isteri all da way bwk moto faz menangis knp u pergi dulu, duduk sujud doa menangis x dpt terima kenyataan knp dia pergi dulu dgn mengejut.
“Dia punya feel tue rasa real sgt2 nie tgh meleleh air mata nie, terasa n terkesan sgt dgn mimpi td.
“YA ALLAH AKU MEMINTA, MEMOHON DAN MERAYU PADAMU TOLONGLAH TARIK NYAWAKU DULU, AKU X KAN MUNGKIN KUAT UTK LALUI HIDUP TANPA ISTERIKU.. AMIN,” tulisnya panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian tersebut, ada di antara pengikutnya yang memberikan reaksi. Antaranya;
Terdahulu, ibu pelakon terbabit, Allahyarham Sutinah Sahari meninggal dunia pada hari raya kelima lalu akibat kanser usus tahap empat.
Fazreen dan Marlina mendirikan rumah tangga kira-kira lebih 9 tahun lalu.
Foto: Instagram Fazreen Rafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Adik kepada Neelofa, Athisha Khan ada berkongsi video apabila dia pertama kali berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dalam Youtube rasminya.
Menerusi perkongsian video selama 11 minit di saluran Youtubenya itu, Atisha merakam videonya dengan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sambil melakukan tutorial solekan.
“Masa saya pindah KL, saya masih cakap Kelantan saja. Saya tak pandai pun cakap bahasa Inggeris. Belajar English pun dari tuisyen (kelas tambahan).
“Masa di sekolah, saya dah terbiasa cakap Kelantan dengan semua orang. Pergi mana-mana pun dengan loghat Kelantan,” katanya sambil mengenakan secalit solekan di bahagian matanya.
Tambah gadis berusia 21 tahun ini lagi, dia juga ada berkongsi kenangan manis ketika di zaman persekolahan.
“Tahun pertama saya sekolah, saya berkawan dengan seorang cleaner sebab dia orang Kelantan, jadi saya geng dengan cleaner semua kat sana. Ia juga adalah satu pengalaman yang lucu.
“Sebenarnya senang je cakap Bahasa Melayu, tapi saya lagi selesa cakap English, tapi bila saya cakap Melayu, mesti slang Kelantan keluar.
“Saya kena biasakan diri untuk cakap Melayu supaya tak rasa awkward dan tak lupa untuk komunikasi dalam bahasa Melayu. Jadi sebab tu saya buat video,” jelas Atisha.
Malah, Atisha yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di University of Birmingham memaklumkan, dia mahu meneruskan untuk berkomunikasi dalam bahasa Ibunda dan tidak mahu lupakan bahasa tersebut.
“Orang kata saya balik dari London, saya tak ada slang British. Dah memang lah saya orang Melayu. IC saya 03 kot dan saya bukan jenis kacang lupakan kulit.
“Saya pandai cakap melayu, tapi kalau saya terpaksa cakap melayu, automatik saya jadi macam bengong,” tegas Atisha.
Akhir kata dari Atisha, dia juga mahu terus aktif untuk membuat video dan mahu lebih rapat dengan orang ramai khususnya remaja.
“Mungkin lepas ni, saya akan buat video mekap versi loghat Kelantan dan jangan risau, saya akan letak sekali subtittle kat bawah,” kata Atisha berseloroh.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, iaitu Dr Che Muhammad Hafiz ada berkongsi cerita mengenai penggunaan bahasa Inggeris di dalam dunia perubatan.
Meski sudah hampir 7 tahun menuntut pengajian di sekolah perubatan di luar negara, Hafiz berpendapat mahir bertutur dalam bahasa Inggeris bukan menjadi satu ukuran untuk melabelkan seseorang itu sebagai seorang yang bijak pandai.
Selain itu, Hafiz mengakui adalah lebih mudah untuk berkomunikasi dalam bahasa Malaysia bersama pesakit oleh kerana pesakit yang dirawatnya banyak dari kalangan berbangsa Melayu.
“Belajar di Medical School hampir 7 tahun pun jarang sy tgk doc guna bahasa inggeris? First skali mmg kita tahu lah penguasaan bahasa inggeris bukan menjadi satu ukuran untuk seseorang itu di labelkan sebagai seorang yang bijak pandai.
“Ya, mmg betul jika hebat berbahasa inggeris tu kita patut rasa bersyukur kerana dikurniakan satu kelebihan extra.
“Sejak saya balik ke malaysia kebanyakan pesakit saya adalah orang melayu dan most of the time mmg sy guna bahasa melayu. Lain la masa duduk di luar negara dulu dah mmg takde pilihan lain sb semua pesakit tak pandai berbahasa melayu.
“Cuma skrang ni bila berada di malaysia kadang2 tu apabila sy jumpa pesakit bukan melayu mmg sy akan prefer untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Itu pun pesakit yang mula dulu bercakap dlm bahasa inggeris sb nak elak miscommunication,” tulisnya.
Sebagai seorang doktor, Hafiz memberitahu aspek keselamatan dan keselesaan pesakit adalah amat penting bagi dirinya agar dapat memberikan yang terbaik kepada pesakit.
“Apa2 pun di hari jumaat yang penuh barakah ni sy selesai meeting dgn Encik shah ( kontraktor yang incharge untuk menjayakan projek regalion clinic di kota damansara) pun cakap dlm bahasa melayu dan berjaya dapat kata sepakat dah pun alhamdulilah.
“Pelbagai aspek telah dibincangkan termasuklah isu keselamatan dan keselesaan dalam klinik mengikut ukuran dan standard yang telah ditetapkan kkm.semua nya adalah untuk memastikan sy dapat berikan yang terbaik untuk patients/customers saya nanti. InsyaAllah..,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut sudah punpada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Dr Che Hafiz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menepati ramalan, Gie Hamid mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara wanita pertama program realiti, Kilauan Emas 2024 yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre...