Setiap insan bergelar ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak tercinta dan begitulah yang dirasai pelakon, Rita Rudaini.
Kongsi Rita, sudah semestinya dia mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Jadi, dia sebolehnya cuba untuk tidak menghalang minat kedua anak lelakinya yang kian membesar itu.
“Hero mommy…sy bukan nak anak sy jd pemain bola sepak.sy cuma support minat…sy xde la nk ambik serius or mengamuk klau anak xdpt main,nama xselected.
“Semua tu bukan hal sy…smu bole ckp ‘ank aku bagus’ ‘ank aku cerdik’ ‘ank aku pandai main bola’ …tp sy xkan,sy malu nk puji ank sendiri dekat org…biaq org sj yg bg pujian kt ank sy.
“ank sy pandai kt sekolah ke biar cikgu yg nilai..ank sy pandai or xpandai main bola ke biar coach je yg nilai…tugas sy hanya bg support,antar ambik,bg semangat n nasihat pd ank.
“sape sy utk tentukn mana ‘kedudukan’ ank sy? Sy tidak akan masuk campor setiap urusan ank2 di luar.
“tggjwb kt sek pd cikgu,tggjwb kt padang pd coach…tggjwb di rumah hanya pd sy …sy support minat mereka,sy serah pd coach…naik nama,syukur…xde nama,cuba lg..buat yg lebih baik itu pesan sy selalu pd mereka….,” tulis Rita panjang lebar.
Dalam pada itu, bintang filem Mami Jarum Junior ini sempat memberikan kata-kata nasihat yang sangat bermanfaat kepada semua ibu bapa.
“ada yg ank baru kecik main bola,mak bpk dah demand n sombong sbb ank pandai main..hancur minat ank2 smua punca dr mak bpk sendiri.
“kecik2 ank dah ckp besar menyombong sbb perangai contoh dpn mata….blum jd player sebenar lg haiih dpn mata mcm2 perangai terkejut sy tgk.
“pd sy, kesian nya ank…x kemana klau belagak angkuh sombong…attitude adalah salah satu punca utama utk turun naik jatuh nya seseorg…..wahai parents…lps kan lah mereka bermain,kecik lagi.
“bina attitude ank2,ikut resmi padi ‘makin berisi makin tunduk’ jgn ikut resmi lalang ‘semakin tegak tiada berisi’ ….jauh lg perjalanan mereka…jaga attitude kita dpn mereka kerana kita adalah contoh terdekat n kita adalah adiwira idola mereka sejak kecil..,” kongsi bintang cantik ini lagi.
Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Foto : Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI