Penampilan terbaru Norman Hakim dengan gaya rambut persis George Cloone telah mencuri perhatian netizen.

Jelasnya menerusi laman Instagram, imej terbaru itu demi menjayakan watak dalam drama arahan Micheal Ang berjudul Chandelier.

“Dalam ramai2,akhirnya @michaelang38 pilih i jugak utk watak #Emran dalam #dramachandelier #megadrama #AstroRia .Alhamdulillah tq Mike,” kongsinya.

Suami kepada Memey Suhaiza ini turut memuat naik sekeping foto bersama Mimi Lana, gandingannya dalam drama rantaian tersebut.

IKLAN

“NH: Kenapa lesung pipit u mcm @syafiqkylez ?

ML: Mmmm… (to be continue…)

COMING SOON…Us #Emran & #Keisha in #DramaChandelier for #Megadrama directed by @michaelang38 @bambam_studios

IKLAN

Tq @hairplacemalaysia for the hairdo,” tulisnya lagi.

IKLAN

Perubahan imej pelakon berusia 44 tahun ini mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata menyatakan keterujaan di ruang komen.

“Handsome Giler,” – Warna Rambut, Imej Terbaru Norman Hakim Ala George Clooney Bikin Ramai Terpaku! “Handsome Giler,” – Warna Rambut, Imej Terbaru Norman Hakim Ala George Clooney Bikin Ramai Terpaku!

Chandelier merupakan drama terbaru arahan Michael yang turut menampilkan Ben Amir dan Mimi Lana sebagai watak utamanya.

Foto : Instagram Norman Hakima Zz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI