“Handsome Macam Mana Pun Diaorang Kata Baju Papa Macam Air Horlick,” – Ismail Sabri Berseloroh Fasal Baju Melayu Yang Dipakai, Jovian Mandagie Kongsi Cerita

Share

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berkongsi kisah lucu perbualannya bersama bapa mertua, Datuk Seri Ismail Sabri.

Memuji penampilan kacak Menteri Kanan (Keselamatan) itu saat mengenakan baju Melayu berwarna tanah, namun lain pula jawapan balas dari bapa mertua.

Jelas Ismail Sabri, walau kacak bagaimanapun imej yang ditonjolkan, pasti netizen akan samakanbya dengan menu makanan atau hidangan.

Oleh kerana bajunya berwarna tanah, pasti netizen akan mengatakannya ia seolah-olah seperti air Horlick!

“Cerita pagi ni;
Me : Okay handsome dah tu pa,
DSIS : Huh! Handsome macam mana pun diaorg katanya baju papa macam air Horlick karang 😅
Me : Nasib.. nasib pa

@ismailsabri60 decked in @jovianrtw Baju Melayu,” kongsinya.

Di ruang komen, netizen turut berseloroh menyamakan baju yang dipakai Menteri kabinet itu dengan pelbagai jenis hidangan lain.

Antaranya Puding Karamel dan Susu Kurma. Malah memuji sikap sporting yang ditunjukkan ahli politik itu.

Terdahulu, imej Menteri Kanan itu menjadi perhatian apabila setiap hari tampil dengan pelbagai rekaan warna warni sehingga netizen membandingkannya dengan hidangan kuih muih popular di Malaysia.

Foto : Instagram Jovian Mandagie

Published by
Noraini Abd Wahab