Pelakon, Zizan Razak berkongsi fotonya bersama ‘hero malaya’, Datuk Hans Isaac di laman Instagramnya, hari ini.
Di ruangan kapsyen pula, dia bertanyakan kepada netizen mengenai apakah persamaannya dengan hero filem Pesona Non Grata itu.
“Apa persamaan kami? @hansisaac #zizanrazak #dewiremaja,” tulisnya.
View this post on InstagramApa persamaan kami? @hansisaac #zizanrazak #dewiremaja
A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on
Susulan itu, kelihatan pelbagai respon menarik yang diterima pelakon filem Polis Evo itu, antaranya mengenai status dan paras rupa kedua-duanya juga.
Bagaimanapun, ada juga yang memberikan komen- komen pelik hanya untuk bercakap perihal ‘jantina’ kedua-dua mereka.
Sementara itu, filem Polis Evo 2 bakal menemui penonton pada 22 November ini, menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Erra Fazira dan ramai lagi.
Foto/Instgram: Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Tak Lawa Puteri Ni,” – Nora Danish Dipuji Cantik Di MeleTOP, TikTok Dengan Siti Nurhaliza Curi Perhatian
Pelakon cantik, Nora Danish sekali lagi diundang sebagai hos jemputan bagi program hiburan, MeleTOP di samping Nabil Ahmad.
Mengenakan persalinan gaun bawah lutut dalam rona kuning rekaan Khoon Hoi, penampilan ibu kepada dua cahaya mata itu cukup memukau pandangan.
View this post on Instagram@khoonhooiofficial 💛 #styledbyyanaB
A post shared by naOradaishi (@noradanish) on
Malah, menerusi Instagram, para peminat tidak putus-putus memuji bintang Bencinta ini.
Pada masa sama, Nora turut memuat naik foto sekitar program berlangsung, termasuk gambar kenangan bersama panel jemputan dan video TikTok bersama penyanyi terkenal, Datuk Seri Nurhaliza.
View this post on InstagramUs tonite on @meletop 💛 • • @nabilzira @lisasurihani @sharnaazahmad @datoacmizaloffi @marshamilan
A post shared by naOradaishi (@noradanish) on
“Masih tak percaya dapat jumpa Tokti ku sayang, dah la jumpa, dapat tik tok lagi! Ok bye!!! Nak tido sambil senyum,” tulisnya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Mana Ayu Nak Ukur Ni?” Tukang Ukur Hanya Paras Pinggang, Azad Jasmin Bikin Kecohlah!
Lucu melihat keletah pasangan pelakon Azad Jasmin dan Eira Syazira ketika sesi mengambil ukuran di sebuah butik terkenal.
Apa tidaknya, ketinggian Azad menyebabkan tukang ukur yang dinamakan Ayu itu ‘menderita’!
Hanya separas pinggang, tugasnya menjadi sukar apabila ingin mengukur lebar bahu dan ketinggian pelakon lelaki berkenaan.
Lebih sukar apabila asyik disakat ingin menggalas wanita kecil molek itu sebagai beg sewaktu anugerah berlangsung.
“Saya nak tinggi. Nak smart, Nampak confident. Nampak slim.
“Ayu mai ukur. Ayu ni staf saya.
“Ayu ni dah berdiri ke duduk ni? Macam mana Ayu nak ukur ni? Tukang ukur pun boleh hilang. Tak nampak Ayu. Nampak ke number tu Ayu?
“Ambil dia galas dekat depan macam beg. Ayu ni bakal bagi saya nampak tinggi. Ayu akan jadi beg I. Masa anugerah tu saya akan pegang ayu macam ni,” guraunya.
“Me at @azuracouture ambik ukuran utk upcoming event.. Tapi yg amik ukuran ni ukuran macam tak cukup tinggi ja heheheh @eyqarazali.”
Aduh, macam-macam perangai Pak Azad ini. Ada sahaja yang ingin diusik.
Apa-apa pun ini hanyalah gurauan. Harap netizen tidak mengambil serius. Chill okay!
Foto – Instagram Azad Jasmin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Dalam Tidur, Baru Terima Cahaya Mata 37 Hari Lalu. Al-Fatihah…
Khabar duka ini dikongsikan pelakon Yana Samsudin di laman Instagram.
Adiknya, Muhammad Fahmi Harith bin Samsudin telah meninggal dunia pada 3 Mac 2020.
Menurut Yana, jenazah kini berada di Bahagian Forensik Hospital Klang, Tengku Ampuan Rahimah dan akan dibawa ke tempat kelahirannya, Yong Peng, Johor untuk dikebumikan.
“4 March 2020 : Assalamualaikum WBT… Innalillahi wainna ila hirojiun.. Al Fatihah buat allahyarham adik saya: Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin (7/3/1990-3/3/2020).
“Beliau telah kembali ke rahmatullah semalam 03 Mac 2020. Buat yang mengenali arwah dan ingin bertemu dan menyolatkannya arwah akan berada di Bahagian Forensik Hospital Klang Tengku Ampuan Rahimah di antara jam 10.30am – 11.30am.
“Seterusnya arwah akan di bawa ke tempat kelahirannya di Yong Peng Johor di no 25 Jalan Kota Impian 3, Taman Kota Impian 3, 83700 Yong Peng Johor seterusnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam River Estet Masjid Besar Yong Peng, Johor.
“Boleh hubungi abang iparnya @fadzilzahari 0126952969 dan adik nya @cikmudawannyx,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Difahamkan, arwah adiknya baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata dan isterinya kini berada di Sarawak untuk menjalani proses berpantang.
“Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. .
“Rupanyaa hari ni… Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari…..
“Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. .
“Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. .
“Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya… .
“Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik.
“Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik. Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin..
“Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur.
“Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88,” kongsi Yana lagi.
View this post on InstagramA post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Al-Fatihah buat Fahmi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Foto : Instagram Yana Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI