Pelakon, Zul Ariffin dan Norman Hakim kini sedang sibuk menjalankan pengambaran drama bersiri Gerak Khas arahan Datuk Yusof Haslam musim terbaru.
Lantas, Norman telah memuat naik sekeping foto di akaun Intagramnya itu yang melihatkan dia dan Zul segak beruniform polis.
View this post on InstagramBack on #GerakKhas shooting set #ACPHaris #InspAshraf ( behind the scene see #instastory )
A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Difahamkan, Norman masih mengekalkan watak sebagai ASP Haris, manakala Zul memegang watak sebagai Inspektor Ashraf.
Lalu, netizen telah memuji kedua-dua figura kacak itu yang sangat sesuai memegang watak sebagai seorang polis dek fizikalnya yang tegap dan tinggi.
Selain itu, antara pelakon yang membintangi drama berkenaan seperti Abby Abadi, Sheera Iskandar dan Salina Saibi.
Malah, kembalinya salah satu watak ikonik, Tuan Saiful pastinya lebih menghangatkan lagi drama bersiri kepolisan ini!
Foto : Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tergamakkah Suami Yang Sepatutnya Syurga Buat Isteri, Melontarkan Kata…,” – Yatt Hamzah, Coretan Ini Buat Hatinya Sedih
Pelakon, Yatt Hamzah meluahkan rasa sedih setelah membaca satu coretan kisah seorang isteri yang didakwa telah menerima kata-kata yang tidak baik daripada suaminya.
Yatt atau nama sebenar, Haryati Hamzah berkongsi kisah tersebut bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
“Pagi-pagi lagi mata dah masuk habuk baca coretan ni. Dah macam drama. Namun ianya realiti harini yang memang berlaku di kalangan masyarakat kita.
“Tergamakkah seorang suami yang sepatutnya Syurga buat isteri, melontarkan kata-kata begini pada isterinya. Seolah menidakkan Syurga buatnya. Syurga menidakkan Syurga?,” tulisnya.
Yatt berpendapat, tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang suami.
Tambahnya lagi, sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, harus sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik.
“Bukankah kewajiban seorang suami utk melindungi isteri, mendidik, berlemah lembut dan melayani dengan baik termasuk berkata hanya yang baik-baik.
“Jika marah sekalipun, wajarkah seorang suami melontarkan kata-kata begini menafikan Syurga buat si isteri? Adilkah buat si isteri jika si isteri jenis yang taat dan setia.
“Semoga jadi pengajaran buat kita semua. Isteri adalah Amanah Allah untuk DIBIMBING, DILINDUNGI dan DICINTAI,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lauk Pauk Disumbangkan Kepada Mangsa Banjir,” – Jadi Hos ‘Free’ Di Majlis Kahwin Pengantin Viral, Radin Era Tunai Janji
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mengakui berasa amat teruja apabila dapat mengotakan janjinya untuk menjadi emcee di majlis perkahwinan pengantin viral yang terpaksa membatalkan majlis mereka kerana musibah banjir yang melanda negeri Selangor, baru-baru ini.
Pasangan ini mendapat perhatian ramai kerana niat murni mereka menyumbangkan kesemua makanan yang sepatutnya dihidangkan di majlis berkenaan buat mangsa-mangsa dan petugas keselamatan yang terkesan akibat musibah banjir.
Tersentuh dengan kisah pasangan pengantin berkenaan, Radin telah pun menawarkan dirinya untuk menjadi pengacara majlis di majlis perkahwinan mereka.
“Harini berkesempatan untuk meraikan pasangan pengantin yang viral disebabkan majlis asalnya terpaksa dibatalkan kerana banjir.
“Dan kesemua lauk pauk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir ketika Selangor diduga dengan bencana banjir baru-baru ini,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, MH Throwback itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Radin turut memanjatkan doa semoga perkahwinan pasangan ini akan diberkati dan kekal bahagia hingga akhir hayat.
“Saya terharu kerana menjadi sebahagian daripada saksi yang meraikan pasangan ini, Nabil dan Ashikin.
“Semoga bahtera perkahwinan diberkati serta dikurniakan anak yang soleh-solehah,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memuji tindakan berkenaan selain turut mendoakan semoga Radin akan sentiasa dimurahkan rezeki pada masa akan datang.
“Terbaik betul Radin Era. Pasangan yang sangat kuat dan besar hati. Membantu orang lain dikala susah. Dapat pula hadiah Radin jadi emcee wedding. Kudos to you all.
“Well done brother. Steady.
“Terbaik Radin. Moga sentiasa dimurahkan rezeki.
“Semoga Allah limpahkan rezeki untuk pasangan ini dan juga untuk kamu Radin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Radin kini bergandingan bersama pelakon, Azad Jasmin untuk mengemudi segmen, Petang Era dari pukul 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Radin Era
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Level Up, Semua Kerja Keras Saya Berbaloi,” – Daiyan Trisha Berjaya Beli Rumah Idaman
Penyanyi Daiyan Trisha teruja apabila dia akhirnya berjaya memiliki rumah idaman.
Menerusi laman Instagram, Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, turut memuat naik foto rumah banglo dua tingkat yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
“Rumah impian saya. Rasa seperti semua kerja keras saya berbaloi. Saya sangat gembira!
“Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat atas segala kasih sayang dan sokongan. Saya tak sabar memulakan perjalanan ini bersama kalian.
“Terima kasih Ya Allah, cinta hatiku, Kau sangat baik terhadapku. Menjadikan semua impianku nyata,” tulisnya.
Sangat bahagia dengan pencapaian yang diraihnya, penyanyi lagu Penat itu turut meminta peminatnya mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.
“Hati saya penuh (dengan kebahagiaan), Alhamdulillah. Tolong doakan yang baik-baik ya. Semoga saya dan keluarga sentiasa dilindungi,” tulis Daiyan.
Daiyan yang berkongsi beberapa keping foto memaparkan kawasan sekitar kediaman yang turut dilengkapi kolam renang berkenaan sempat berkongsi momen ketika kali pertama membawa keluarga dan rakan-rakannya melihat rumah tersebut.
Kata Daiyan, mereka melihat kediaman kedua yang dibelinya tersebut sangat dekat dan melambangkan keperibadian serta cita rasa sebenar dirinya.
“Waktu bawa keluarga dan rakan-rakan ke rumah ini atau tunjuk gambar, mereka cakap perkara yang sama… ‘This house is so you’.
“Perkara paling lucu, saya juga rasakan perkara sama. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ini, saya rasakan ini memang untuk saya. Rumah ini sedang menanti saya,” tulisnya penuh teruja.
Masih dalam proses untuk memasukkan perabot dan mengubah suai kediaman berkenaan, Daiyan berjanji kepada peminat untuk berkongsi perihal tersebut dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Daiyan terlebih dahulu membeli rumah pertamanya iaitu jenis kondominium yang terletak di ibu kota pada 2019 hasil mengumpul wang selama dua tahun sepanjang bergelar anak seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Daiyan Trisha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI