Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya mengakui, dirinya pernah mengalami keresahan dan kebimbangan melampau atau lebih sinonim dengan penyakit anxiety selepas melahirkan anak pertamanya, Putri Aleesya.

Jelasnya kepada MH, pada peringkat awal semuanya tampak seperti biasa sahaja. Bagaimanapun, ia berlaku secara tiba-tiba apabila dirinya rasa cukup takut dan risau untuk melakukan apa sahaja perkara.

Ads

“Selepas bersalin, semuanya baik-baik sahaja. Cuma pada ketikanya, saya rasa macam ‘paranoid’ untuk melakukan semua benda. Bayangkan, ketika nak makan pun saya rasa resah dan takut.

 

“Misalnya, saya takut nak makan ayam. Lebih teruk, sebelum makan saya sempat ‘Google’ kandungan dalam makanan kerana rasa was-was dan bimbang andai ia boleh berikan mudarat kepada badan. Jadi ketika itulah, berat badan saya turun secara mendadak.

 

“Kalau ada rakan media yang bertemu saya pada fasa tersebut, saya kurus sebab itulah. Malah kerana isu berat badan yang mulai timbul saya juga sudah rasa tidak senang untuk keluar rumah. Nak memandu pun takut,” katanya lagi. 

Pada masa sama, dia turut mengambil inesiatif dengan berjumpa mereka yang pakar untuk tangani isu bereknaan dan pernah berkongsi pengalaman terbabit menerusi Insta Stories.

Ads
Ads

“Tidak pula saya sangka, lepas berkongsi apa yang dialami di laman Instagram, ramai pula yang mesej dan mengatakan saya mengalami  turut atau pernah alami anxiety. Saya tidak keseorangan dan ada yang memberikan tips dan pengalaman. 

 

“Lalu, saya mula lakukan kajian mengenai ‘anxiety’ dan berhubung dengan Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association). Syukur, segalanya semakin baik.

 

“Bahkan, saya mula memasuki kelas agama seperti kelas mengaji dan bergaul dengan golongan positif sebab bagi saya, perasaan atau gejala ‘anxiety’ itu harus dilawan. Kena kuat dan terus melangkah,” kongsi Hanez yang ditemui di majlis pelancaran Aurawhite Toothpaste di Meet & Dine, Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.

Foto: Instagram Hanez Suraya, carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI