“Hang Level Legend, Kenapa Nak Masuk?,” – Ada Yang Persoal, Ezad Lazim Turut Dedah Exists Rupanya Tak Tahu Dia Masuk All Starts GV

Share

Penyanyi Ezad Lazim mendedahkan anggota kumpulannya, Exists masih belum mengetahui tentang penglibatannya di program realiti, All Star Gegar Vaganza (GV10) sehinggalah dia membuat persembahan pada minggu pertama saingan.

Jelas Ezad, dia percaya pelibatannya di GV10 ini tidak akan menjejaskan kedudukannya selaku vokalis kumpulan berkenaan, serta persiapan persembahan yang bakal dilakukan mereka pada masa depan.

“Saya tak bagitahu mereka tentang penyertaan ini. Mereka ada bertanya mengenai jadual saya untuk beberapa jemputan persembahan tapi ketika itu, saya tak boleh bagi kata putus.

“Namun, saya rasa tiada masalah untuk saya kembali sertai GV10. Ini juga merupakan platform yang menaikkan nama saya kembali ketika bergerak solo.

“Jadi, bila Exists kembali reunion, saya pula kembali bersaing di GV10,” katanya kepada MH.

Ezad berkata sedemikian ketika ditemui sejurus konsert minggu pertama yang berlangung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, pada Ahad.

Katanya lagi, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk membahagikan masa lebih-lebih lagi apabila Exists juga bakal sibuk mengadakan konsert berskala besar menjelang akhir tahun.

“Saya akui akan berdepan sedikit kekangan untuk sesi latihan bersama Exists. Pada bulan Disember nanti, kami akan ada konsert besar-besaran hampir setiap minggu.

“Pada waktu tu, GV10 memang sudah tamat tapi andai kata saya bertahan sehingga ke final, saya akan penat sedikit.

“In Sha Allah saya akan cuba membahagikan masa sebaiknya. Saya hanya mengikut aturan Allah SWT. Kalau Allah izinkan dan berikan rezeki, saya percaya tiada yang mustahil,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, penyanyi lagu Jesnita ini turut mendedahkan antara sebab dia ingin menyertai GV 10 adalah untuk mencabar diri dan keluar daripada zon selesa.

“Ada kawan-kawan rapat yang mempersoalkan saya ini sudah mencapai tahap penyanyi legend tapi kenapa masih nak masuk pertandingan nyanyian?

“Saya tak nafikan kedudukan saya ketika ini memang agak selesa memandangkan undangan nyanyian dan peluang untuk mengadakan konsert masih ada tapi saya suka mencabar diri.

“Bila terlampau selesa pun tak best juga. Saya dah lama tak masuk pertandingan. Lagipun, saya suka konsep GV. Saya berpeluang menyanyikan lagu-lagu orang lain. Saya jarang dapat peluang itu ketika buat persembahan di luar,” akhirinya.

Terdahulu, Ezad merupakan antara enam peserta hot seats yang berjaya menyertai GV10 dan akan bersaing dengan 10 juara GV terdahulu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
Aizam Manaf