Penyanyi, Nourul Wahab meluahkan resa kesal selepas mededahkan dirinya ada menerima mesej berbaur lucah daripada seorang individu tidak dikenali di laman Instagram miliknya.

Menurut Nourul, perbuatan tersebut amatlah memalukan terutamanya di kalangan anak muda di negara ini.

Luahan dari penyanyi yang popular menerusi lagu Kerana Terluka ini dikongsikan menerusi laman Twitter.

“Ini rupanya “work from home” anak-anak muda lelaki kita.

IKLAN

“Adik, terima kasih admire kerja kuat akak jaga badan.Tapi hang ni buat malu anak muda,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, Nourul turut memberi tahu individu tersebut juga ada berkongsi gambar alat sulitnya di ‘Direct Message’ di laman Instagram.

IKLAN

“Hang Ni Buat Malu Anak Muda,”- Nourul Wahab Dedah Terima Mesej Lucah & Gambar Alat Sulit Sewaktu RMO

“Hampa jangan terkejut tau cerita 1 hari di  MRO. Ini contoh tak senonoh #MRO anak muda. Rasanya umur dia 24.

IKLAN

“Kami belum lagi tahap Jlo. Dah mengarut mai lagu ni. Ni bukan perkara baru. Dah lama berlaku pada ramai artis wanita di Malaysia dan di dunia,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen mengecam tindakan individu terbabit selain turut menasihati Nourul supaya lebih berhati-hati selepas ini.

“Hang Ni Buat Malu Anak Muda,”- Nourul Wahab Dedah Terima Mesej Lucah & Gambar Alat Sulit Sewaktu RMO “Hang Ni Buat Malu Anak Muda,”- Nourul Wahab Dedah Terima Mesej Lucah & Gambar Alat Sulit Sewaktu RMO
Sumber: Twitter Nourul Wahab

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI