Pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet tidak dapat menahan sebak sewaktu mempromosikan pembukaan cawangan baharu sebuah restoran yang terletak di Sungai Petani, Kedah.
Menurut Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, restoran ini sangat istimewa buat dirinya kerana mempunyai banyak kenangan bersama sahabatnya yang juga personaliti media sosial, Allahyarham Man Kulim.
Menurutnya, dia berasa sangat berbeza bila arwah Man Kulim tiada lagi di sisinya saat mengadakan ‘food review’
“Saya buat review yang mula-mula sekali di restoran ini dengan Man Kulim. Tapi kali ini bila di cawangan ke-11, saya terpaksa buat review sorang-sorang.
“Hang tinggalkan aku Man. Apapun jangan lupa sedekah Al-Fatihah untuk Man Kulim,” katanya.
Video tersebut dikongsikan oleh anggota kumpulan lawak Senario itu menerusi sebuah hantaran di Tik Tok.
Titipkan Doa, Man Orang Baik
Pada masa sama, Lan turut memohon jasa baik orang ramai untuk menitipkan doa semua arwah Man Kulim ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
“Saya terpaksa buat review sorang-sorang tanpa arwah. 10 cawangan kami buat review sama-sama. Doakan Man Kulim. Dia orang baik,” katanya lagi.
Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dan dihujani ribuan komen.
Untuk rekod Allahyarham Man Kulim atau Burhan Che Mokhtar meninggal dunia pada 24 Disember 2024.
Jenazah arwah selamat disemadikan di Kuala Muda, Kedah yang merupakan kampung halamannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Lan Pet Pet