Uncategorized

Hangat Kisah ‘Tunang’ Rossa, Afgan

Share

Nampaknya kisah cinta antara penyanyi popular dari seberang, Datuk Rossa dan pelantun lagu Terima Kasih Cinta kian hangat diperkatakan peminat.

Terbaru, timbul desas-desus mengatakan mereka telah mengikat tali pertunangan.

Spekulasi itu timbul selepas Rossa dilihat ‘menayang’ cincin yang dipakai ketika bergambar bersama Afgan di laman Instagram miliknya.

Namun, gambar itu dilihat telah dibuang dari Instagram miliknya kerana telah menimbulkan pelbagai kontroversi.

Peminat mula membuat andaian tersebut setelah melihat cincin dijari Rossa yang ternyata mencuri tumpuan netizen.

Di ruangan komen pelakon itu dihujani ribuan komen daripada pengikutnya di instagram.Rata-rata peminatnya seolah-olah memberi ‘restu’ hubungan Rossa dan Afgan.

Bagaimanapun, menerusi portal hiburan Tribunnews.com, Rossa atau pemilik nama sebenar Rossa Roslaina Sri Handayani menafikan dakwaan tersebut.

Tambah Rossa, cincin yang tersarung dijari manisnya itu adalah cincin sama yang selalu dipakai olehnya.

“Mana ada bertunang, memang hari itu saya dan Afgan ada bergambar menggunakan aplikasi Boomerang.

 

“Kebetulan cincin yang kamu lihat itu adalah cincin yang selalu saya pakai.

 

“Bertunang itu hanya pada fikiran orang sahaja, sedangkan tidak!,”katanya.

Malah, Rossa juga berkata tidak bermaksud menimbulkan persoalan netizen disebabkan hanya dengan mempamerkan cincin tersebut

Hubungan Afgan dan Rossa sememangnya kerap terlihat. Namun sayangnya, baik Afgan maupun Rossa belum ada yang benar-benar mengakui status sebenar mereka.

Malah, keduanya hanya selesa meletakkan hubungan itu sekadar kawan baik dan tidak lebih daripada itu.

Published by
Wani Arifin