Pelakon Anzalna Nasir kini sedang sarat mengandung yang sudah mencecah usia 7 bulan.
Terbaru, isteri kepada Hanif Zaki itu telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon yang berusia telah berkongsi pengalamannya semasa mengandung yang sudah mencecah usia 7 bulan.
“@hanif_zaki pesan tengah mengandung ni tak perlu kerja tapi bila duduk rumah bosan pula..Bila active kan diri rasa sekejap sangat masa berlalu, diam tak diam dah nak masuk 7 bulan Anzalna hamil..Alhamdulillah..
“Produk @nr.mustajab banyak membantu Anzalna sepanjang Anzalna hamil. Anzalna akan kongsikan produk yang bagus untuk ibu yang sedang hamil di luar sana supaya kita kekal bertenaga dan sihat. InsyaAllah. #BTS”tulisnya.
Menurut Anzalna, meski dia kini sarat mengandung dia tetap aktif berkerja untuk mengisi masa lapang.
Lalu, peminat turut mendoakan kepada Anzalna semoga semua urusan melahirkan bayi itu nanti dipermudahkan.
Video : Instagram Anzalna