
Terdahulu, kecoh di laman media sosial mengenai nilai wang hantaran yang sepatutnya diberikan kepada kaum wanita yang ingin mendirikan rumah tangga.
Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang telah mempersoalkan nilai wang hantaran pelakon Hanis Zalikha saat diijabkabulkan bersama suaminya, Hairul Azreen, kira-kira empat tahun lalu.
Individu tersebut telah mempersoalkan nilai wang hantaran yang diterima oleh Hanis sebanyak RM91,019.90 ketika mendirikan rumah tangga.
“Tengok ni hantaran Hanis Zalikha almost 92k nak ckp dia materialistik juga ke? Dia tak minta tp Hairul yg nk bg sbb tanda nk appreciate dia.
“Tengok Hanis masak dan didik ank dia mcm mana skrg? Hanis diploma je tak silap aku. Bdk minta degree korg kecam nk 15k,” tulis individu berkenaan.
Lantas, perkongsian tersebut telah menjadi perhatian netizen sekaligus telah meraih lebih 1000 tanda suka di Twitter.
Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan individu tersebut.
Ini kerana, netizen berpendapat bahawa individu tersebut tidak sepatutnya memberi komen dan pendapat yang sedemikian.
Bagaimanapun, individu berkenaan telah memadam entri tersebut.
Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 2 bulan.
Foto : Twitter Zheerawww
https://youtu.be/OkIiGLfjTwM
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Komen Macam Tahu, Tanggunglah Dosa-Dosa Itu,” – Shuib Nafi Pernah Main Golf Dengan Watie Sebelum Kahwin, Ibu Turut Beri Komen

Selepas melangsungkan majlis pernikahan pada tanggal 23 Jun lalu, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah kini sedang menikmati percutian bulan madu mereka di Pulau Langkawi, Kedah.
Pasangan pengantin baharu ini juga turut berkongsi momen-momen indah ketika di pulau tersebut buat tatapan para pengikut mereka di media sosial.
Malah, menerusi satu perkongsian di laman Instagram pada pagi Isnin, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad akui teruja apabila dapat bermain sukan kegemarannya, golf bersama isteri tercinta buat pertama kalinya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas ada beberapa pihak yang mendakwa ini bukan kali pertama Shuib dan Watie meluangkan masa bermain golf bersama.
Malah, ada juga suara-suara nakal yang mengatakan mereka pernah melihat Shuib bermain golf bersama Watie sebelum arwah isterinya, Siti Sarah meninggal dunia.
Lantaran itu, menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories, Shuib menafikan dakwaan tersebut selain turut menyifatkan ia bersifat fitnah.
“Assalamualaikum, saya sengaja buat kapsyen ‘buat pertama kali’ itu sebab memang pertama kali saya bermain golf dengan Watie.
“Jadi, kepada yang komen seakan macam tahu, tanggunglah dosa-dosa itu ye. Memang tidak ada dan inilah kali pertama kami bermain golf,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani turut mempertahan anaknya itu daripada tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.
“Ya, mama tahu. Masa arwah masih ada, belum pernah sekali pun Manja (Watie) bermain golf dengan Shuib. Inilah baru nampak selepas sah bernikah,” katanya di ruangan komen.
Sementara itu, melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan sikap segelintir pihak yang iri hati dengan kebahagiaan Shuib selepas mendirikan rumah tangga dengan Watie.
“Korang yang komen ni pun, janganlah mengecilkan hati. Anak-anak dia boleh baca ya. Hati-hati.
“Yang tidak sokong itu, mungkin diorang mahu Shuib terus bersedih dan murung. Come on, orang kahwin kot. Benda baik. Tak fahamlah dengan perangai toksik ini. Benda baik pun dibenci.
“Dia berkahwin dengan sesiapa pun itu urusan hidup dia. Sesiapa pun dia pilih, itu pilihan dia dan takdir Allah untuk dia. Bukan curang. Dia kahwin selepas kematian isteri. Famili juga restu dengan pilihan dia. Cukup-cukuplah mengecam.
“Hati-hati bila berkata. Segala yang kita taip akan ditanya di akhirat. Menegur jangan sampai menghina. Moga kita semua terpelihara,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Shuib telah selamat bergelar suami kepada Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dengan hanya sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Subang Jaya.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kim Raymond Kini Saudara Baru, Netizen Tumpang Syukur – “MasyaAllah, Allahumma Barik Laha!”

Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo, Kim Raymond difahamkan kini sudah memeluk agama Islam pada 24 Oktober lalu di Markaz Al Khadeem, Petaling Jaya.
Dalam hantaran tersebut, Kim Raymond atau nama Islamnya, Kim Amal Raymond dilihat sopan mengenakan jubah dan tudung serba hitam.
“Dengan hidayah Allah, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk agama Islam di Markas Al Khadeem pada 24 Oktober 2024.
“Ramai ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir ke majlis bagi menyaksikan majlis yang penuh barakah itu,” tulis hantaran terbabit menerusi ruangan kapsyen.
Berita gembira itu akaun Instagram rasmi Newmuslimcommunity, baru baru ini.
Perkongsian itu juga pantas mendapat perhatian ramai, sekaligus menerima pelbagai reaksi positif warganet. Antaranya;
“Masya-Allah Alhamdulillah, Selamat datang Dear Sister Kim.”
“Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan yang lurus kepada kita semua.”
“Semoga ada insan yang sentiasa membimbingnya. Sentiasa berpegang kepada kalimah syahadah yang dilafazkan.”
“Alhamdulillah. Allahu Akbar. Semoga istiqamah serta dalam Rahmat Allah SWT sentiasa. Aamiin ya rabbal’aalamiin.”
“MasyaAllah Allahumma barik laha! So happy for her!.”
Imbas kembali, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan Keith pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Skylar Raymond pada
30 Mei 2017.
Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu sah bercerai pada Disember 2019.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Nak Bertudung, Baju Semua Macam Mana?,”- Nonny Nadirah Kongsi Pengalaman Pakai Hijab, Rujuk Pada Ibu

Pelakon Nonny Nadirah kini dalam proses untuk terus istiqamah dalam pemakaian hijab.
Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu juga ada berkongsi pengalamannya saat menyarungkan hijab.
“Selepas blk dari mengerjakan ibadah umrah sy masih freehair lagi, pergi program pun x pakai tudung dan selepas sehari kemudian sy terdetik mengajak sahabat sy utk teman sy pergi membeli bbrp helai tudung. ada pun tudung ataupun shawl sblm ini hanyalah utk dipakai semasa shooting..
“Sy mengadu dgn mak sy,”hmm.. mama kalau nak bertudung,baju semua mcm mana? sebab byknya baju2 sy tidaklah sesuai utk dipakai dgn tudung dan mcm mama sendiri maklum sy bukannya ada byk tudung.byk dibeli sblm ni pun hanyalah utk mama. sy risau ni ma..
“Mama pun jawab dgn nada yg tenang “jika niat kamu sudah ada dan terdetik utk memakai tudung,Insyaallah Allah akan permudahkan urusan kamu.
“Hidayah mmg milik Allah dan dpd Allah tapi kita sendiri yg kena paksa diri kita utk menguatkan hati kita utk berubah ke arah yg lebih baik. berbalik kpd Allah dan minta dgn Allah utk permudahkan urusan kita dan jgn dibolak-balikkan hati kita,” tulis Nonny.
View this post on InstagramA post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on
Nonny juga ada berkongsi kisah apabila sahabatnya telah menghadiahkan beberapa helaian tudung kepadanya.
“Keesokan harinya sahabat sy telah menghadiahkan bbrp helai tudung kpd sy dan sorg lagi sahabat menghadiakan buku panduan sembahyang kpd sy.
Allah dengar doa sy…
“Sy masih didalam fasa percubaan,dan bagilah masa kpd diri sy utk memperbaiki diri,hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah ta’ala. Terima kasih kpd yg mendoakan,keluarga,peminat,kwn2,” tulis Nonny lagi.
Dalam pada itu, ada juga yang memberikan nasihat melalui Email dan Direct Message (DM).
“Siap ada yg email dan dm private kat sy,doa2 dan kata2 semangat korang membuatkan airmata sy mengalir x henti. akan tetapi jgnlah dikeji atau dikecam bila mana selepas ini jika ada kekurangan dari diri sy. kita semua manusia biasa..
“Mungkin harini sy keluar hanyalah menggunakan shawl,insyaallah esok hari sy dah boleh memakai tudung dgn sempurna.. doa yg baik2…
“Utk pengetahuan anda,its not easy gais.. sblm ni pakai hanya waktu shooting, skrg nie baru sy rasa betapa mencabarnya utk si pemakai2 tudung & hijabers,” tulis Nonny.
Menariknya, Nonny juga ada berkongsi detik melucukan apabila dia mula memakai hijab.
“Sblm nak keluar rumah dahlah nak cepat terlepas pulak peniti dari kepala,tercucuk berdarah jari terkena peniti,nak bukak tudung terlupa peniti masih atas kepala,pin tudung senget sampai ke kiri kanan muka,bila time makan pulak tudung makin ke depan. Allahuakhbar.. sy takkan lupakan pengalaman ini sampai bila2,” akhiri Nonny.
Foto : IG Nonny Nadhirah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI