Hanis Zalikha Terharu Yusuf Iskandar Nak Cuba Puasa Penuh; “Tahun Ni Nak Puasa 1 Billion Days.”

Share

Keletah anak-anak pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sememangnya sering kali menghiburkan hati para netizen.

Terbaharu, Hanis menerusi perkongsian video TikTok melahirkan perasaan terharu apabila anak sulungnya, Yusuf Iskandar teruja untuk cuba berpuasa penuh untuk tahun ini.

“Bila anak cakap dia excited nak puasa, terharu jap,” tulis Hanis.

Dalam video tersebut, Hairul bertanya berapa hari anak sulungnya itu berpuasa tahun lalu dan dijawab satu hari oleh Yusuf.

“Tahun ini nak puasa 1 billion days,” kata Yusuf bersahaja.

@haniszalikhaTerharu jap♬ Winter Sonata (Piano) – Gaius Yeong

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan perasaan kagum dengan semangat yang ditunjukkan Yusuf.

“Big boy dah Yusuf.

“All the best bro cilik Yusuf. Dah besar sekarang dan excited nak puasa.

“Hebatlah Yusuf.

“Follow dari baby sampai sekarang, Yusuf dah jadi big boy.

“You can do it this year, dear Yusuf,” komen sebahagian netizen.

Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 7 dan Alisa Aisyah yang kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar