Walaupun sudah berhijab namun Hannah Delisha atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini tetap mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen.
Malah, setelah tiga tahun bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah yang juga merupakan seorang pelakon dari Singapura, penampilan Hannah Delisha terlihat semakin anggun dan mempesona.
Sudah menjadi adat resam bergelah seorang selebriti, tiap gerak-geri, penampilan dan kisah peribadi pasti menjadi bualan.
Ditambah pula dengan perkembangan media sosial yang begitu meluas kini. Gaya atau fesyen yang digayakan oleh selebriti pasti mendapat komen dengan likes tertinggi.
Hannah Delisha yang sering tampil cantik dan up-to-date mempunyai falsafah tersendiri dalam bidang fesyen ini.
Ads
“Fesyen pada pandangan saya mempunyai dua maksud yang berbeza. Pertama, datang dari dalam diri sendiri, yang kedua, terzahir dari alter ego yang akan sering bertukar mengikut peredaran fesyen terkini,” tutur Hannah Delisha.
Namun jauh dari sudut hati gadis kacukan Inggeris-Melayu ini, lebih selesa memilih kesederhanaan.
“Apabila berbicara tentang fesyen harian, saya lebih gemar gaya yang simple.
“Bagi saya, asalkan selesa untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, sudah cukup memadai. Jika menerima undangan ke majlis-majlis rasmi, baru saya akan dress up dan menggayakan fesyen haute couture,” bicara Hannah lembut.
Cantik Tidak Hanya Pada Luaran, Hannah Delisha Pentingkan Kecantikan Dalaman Juga
Ads
Namun, menurut Hannah memakai baju jenama terkenal tidak akan bermakna jika kecantikan luaran dan dalaman tidak dijaga dengan sempurna.
“Secara peribadi, saya utamakan rehat dan tidur yang cukup untuk kelihatan cantik.
“Tidak cukup jika kita menggayakan busana haute couture tetapi wajah nampak letih dan tidak bermaya sekali gus hilang seri tatkala menggayakan busana elegan seperti itu,” kongsi pelakon yang popular dengan drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer ini.
Mengulas berkenaan perkembangan terbaharu dirinya, Hannah Delisha mendedahkan dia kini rancak dengan dunia perniagaan yang diceburinya.
Ads
“Saya sibuk dengan bisnes dan kini sudah mengeluarkan rangkaian pakaian ‘Ready To Wear’ (RTW) dan Exclusive di bawah jenama Délicia.
“Dalam Malaysia ni banyak usahawan wanita yang boleh dijadikan idola atau inspirasi. Neelofa is sudah tentu salah seorang dari mereka. Saya suka cara kerja dan profesionalisme Neelofa. Insha-Allah saya boleh belajar sedikit sebanyak dari dia juga,” kata Hannah Delisha.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang, pasti akan memahami apa yang dilalui oleh pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.
Terdahulu, datuk kepada Neelofa, Noor Mohamed telah kembali ke rahmatullah pada 20 November 2018.
Neelofa atau sinonim dengan panggilan Lofa akui ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dirinya apabila kehilangan ahli keluarga yang disayangi.
MH ada bertanyakan kepada pengacara yang berusia 30 tahun itu mengenai perasaan menyambut Syawal yang bakal menjelma tanpa datuk tercinta tahun ini.
“Tak tahu macam mana nak cakap perasaan itu nanti sebab sebelum ini pun dia di Kelantan, saya di Kuala Lumpur.
“Setiap kali saya balik ke Kelantan baru saya rasa kehilangan tu, bila saya di Kuala Lumpur saya rasa macam dia masih ada kat sana, ada di kampung.
“Jadi tak tahu macam mana perasaan raya tanpa adanya dia,”kongsi bintang asal Pasid Mas, Kelantan ini lagi.
Di samping itu, pengacara program MeleTOP itu mengharapkan ramadan tahun ini memberikan seribu satu keberkatan buat semua.
“Setiap tahun saya berdoa supaya saya, family, followers dan semua orang akan mendapat keberkatan, dapat menghayati ramadan ini dengan lebih baik.
“Kita pun dapat guna masa ni untuk buat amal ibadat, cari pahala sebanyak-banyaknya dan hayati puasa itu,” kongsi Lofa.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Terdahulu, Lofa telah ditemui MH di majlis pelancaran eksklusif Naelofar x Guardian di pelancaran koleksi ‘tote bag’ musim panas istimewa.
Koleksi berkenaan telah didatangkan dalam tiga pilihan corak yang menawan seperti Nature Beauty, Red Blossoms dan Floral Serenity.
Dengan setiap pembelian barangan Guardian bernilai RM20 untuk jenama terlibat dan juga belian RM30 untuk jenama lain, pembeli berpeluang mendapatkan ‘tote bag’ terhad itu dengan harga RM17.90 sahaja.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhasrat mewariskan empayar perniagaan kosmetik SimplySiti kepada permata hatinya, Siti Aafiyah.
Siti selaku Presiden SimplySiti, penyanyi Anta Permana itu memberitahu, dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memang bercita-cita mahu melihat Aafiyah menceburi bidang perniagaan apabila sudah dewasa kelak.
“Walaupun Aafiyah baru berusia setahun, tetapi dia suka dan teruja apabila melihat saya sedang bersiap dan mengenakan solekan.
“Jadi, jika Aafiyah benar-benar berminat dengan bidang perniagaan kosmetik, syarikat ini (SimplySiti) akan saya wariskan kepadanya.
“Kalau nak dikatakan setakat ini, apa yang boleh saya beritahu tiap kali saya bersolek, Aafiyah pasti akan nampak teruja,” ujar Siti kepada MH.
Terdahulu, Siti ditemui media pada majlis pelancaran Epie X Siti by SimplySiti di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur, siang tadi.
Pada masa sama, Siti pernah memberitahu beliau dan suami tidak menggalakkan anaknya itu untuk bergelar penyanyi.
Ini kerana baginya, beliau lebih selesa mendedahkan anaknya yang berusia setahun itu terlibat dengan ilmu agama sejak kecil.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham telah menjalankan satu misi bantuan dengan menghulurkan sumbangan berupa kelengkapan meja dan kerusi baru.
Sesi berkenaan telah pun dilakukan di kelas pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, Selangor, beberapa hari lalu.
Di samping berkongsi khabar gembira itu bersama peminat di laman media sosial Instagram, Idham turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa buat anak istimewa di sekolah berkenaan.
“Alhamdulillah hari ini kita dapat hadiahkan kerusi dan meja baru untuk kelas pendidikan khas di SK Taman Tasik, Ampang. Uncle hadiahkan untuk anak-anak uncle di sini!
“Suasana dan persekitaran yang baik amat penting untuk anak-anak khususnya anak istimewa.
“Besar harapan saya untuk melihat anak-anak istimewa mampu berdikari sendiri dalam kehidupan dan tidak terasing dalam kalangan masyarakat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Idham memberitahu sebagai seorang bapa yang turut mempunyai anak istimewa, sudah pasti dia mahukan yang terbaik mereka.
“Saya juga mempunyai anak istimewa! Sebagai seorang ayah, sudah pasti saya mahukan yang terbaik untuk anak saya, Abang!
“Jadi, mereka yang bergelar anak istimewa dan anak syurga ni sangatlah dekat dihati saya. Ayah kepada anak syurga! – Dr. Ahmad Idham -#DrAI #Ampang #HabPendidikanKhas,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 48, telah menyertai dunia politik sekaligus dilantik sebagai Ketua Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pinggiran Ukay, Ampang, sekitar bulan April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ahmad Idham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.