Pelakon dan penyanyi Hannah Delisha ya,ng baru sahaja dilantik sebagai duta kepada produk kecantikan, Conboo bersyukur atas kepercayaan yang diberikan.
Teruja atas tanggungjawab baharu itu, penyanyi lagu Esok Masih Ada itu optimis mahu memikul tanggungjawab sebagai wajah wakilan jenama itu dengan baik.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo.
“Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,” katanya.
Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, menambah, perkara utama yang menjadi pertimbangannya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana ia selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama terbabit.
“Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan,” katanya lagi.
Ditanya mengenai dirinya yang dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.
“Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif.
“Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak,” katanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, jenama berkenaan yang dihasilkan untuk semua golongan, melangkah dengan visi untuk melahirkan generasi individu yang yakin dengan kecantikan dari dalam ke luar.
Ramuan premium semula jadi yang terdiri daripada madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma dan krimer, kepada stevia.
Jadi sudah tentunya, dengan jadual yang padat Hannah sebagai pelakon, penyanyi, dan model profesional sudah pasti Beau3 Milk by CONBOO menjadi ‘bantuan’ yang besar kepadanya ke arah gaya hidup sihat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI