Uncategorized

Hantar Anak Di Rumah ‘Orang Susah’, Aliff Syukri Dihentam! Ini Alasan Kukuhnya

Share

Jika korang ikut perkembangan Datuk Seri Aliff Syukri semalam, korang pasti tahu, Aliff telah meninggalkan ketiga-tiga anaknya, Ammarahyan, Qadejah dan Baem Adham disebuah rumah ‘keluarga angkat’ kenalan mereka.

Video tersebut telah ditonton lebih dari setengah juta pengguna akaun Instagram.

Memang drama betul, lagi pula bila melihat anak lelakinya Baem menangis teresak-esak ingin mengikut ayahnya pulang.

Namun, melalui ruangan kapsyen, Aliff menjelaskan dia terpaksa melakukan perkara seperti ini bagi mendidik anaknya untuk mengetahu erti hidup dan lebih memahami maksud kesusahan.

Malah, Aliff turut memberitahu ini merupakan salah satu impiannya untuk menghantar anak ke rumah orang biasa kerana tidak mahu biarkan anaknya itu terlalu selesa dengan kemewahan yang ada.

“Abah dgn mama terpaksa buat mcm ni.. sbb abah nak anak2 abah menghargai apa yg ada selama ni.. bkn senang nak didik anak supaya tau mcm mana erti kesusahan.. @ammarahyan @qadejah @baem_adham
Saya mmg mengimpikan anak2 saya dihantar ke rumah orang yg biasa untuk belajar erti susah dan jgn terlalu selesa bila mempunyai mak ayah yg senang,” tulisnya diruangan kapsyen.

Bagaimanapun, tindakan Aliff di salah erti, beberapa pengikutnya dan menghentam tindakan Aliff serta tidak bersetuju kerana mereka masih kanak-kanak.

Menyedari dirinya mendapat pelbagai feedback dari orang ramai, Aliff melalukan sebuah video dan penerangan bersama isteri agar orang ramai faham situasi mereka.

Menurut Aliff, kemewahan kadang kala membuatkan anak-anak mereka lali. Jadi dia bersama isteri telah membuat keputusan untuk menghantar mereka belajar berdikari agar boleh menjadi anak yang boleh diharap.

“Kemewahan kekadang mnjadikan anak2 kita lalai…kpd makcik dan pakcik bawang..kenapa saya hantar sbb nak mereka belajar hidup berdikari pandai makan dan basuh pinggan,pandai kemas katil,pandai urus diri… sbb di rumah sy smua kerja diuruskan oleh pembantu rumah..siap dgn driver,bodygurad, gardener smua..jadi dia x rasa susah mcm saya rasa,” tulisnya lagi.

Bagi MH tindakan Aliff menghantar anaknya di sana memang satu tindakan yang berani dan terbaik untuk mengajar anak dengan lebih berkesan. Tiada salahnya untuk Aliff lakukan perkara seperti ini. MH juga percaya orang ramai mungkin ada juga yang lakukan perkara yang sama.

Namun seperti yang dikatakan oleh isteri Aliff, bezanya mereka muat naik ke media sosial dan orang ramai dapat rasa kesedihan anak-anaknya. Jadi mungkin orang ramai tidak perlu risau kerana MH percaya Aliff pasti sudah fikir masak-masak dan lagi pula hanya seminggu sahaja.

 

 

Published by
Lany Azman