Personaliti televisyen, Datin Seri Normala Samsudin berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan anak lelakinya, Ashraf Roslan telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama gadis pilihan, Hilyati Hamdi pada Ahad.
Jelas Normala, dia berasa amat bersyukur kerana segala urusan pernikahan anaknya itu telah berjaya diselesaikan sehari sebelum kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan secara ‘total lockdown’.
Katanya lagi, pada awalnya, anaknya dan pasangan hanya ingin ke pejabat agama untuk menghantar borang permohonan namun secara kebetulan mereka diminta untuk mengisi slot pernikahan pada jam 2 petang pada hari yang sama.
“Sederhana itu adalah sangat berkat dalam segala hal. Alhamdulillah selesai akad nikah @alamace21 @hilyati Mama mendoakan yang terbaik buat kalian.
“Kamu pasangan bertuah kata ustaz jurunikah, kerana hantar borang pagi ini melalui temujanji yang beberapa kali tertunda, tetiba ada kosong slot nikah jam 2 petang.
“Selepas ini tidak ada urusan nikah semasa Lockdown. Tunggu hingga diberitahu bila boleh. Bergegaslah balik bersiap, tak sempat semuanya beli on the spot, baju raya jadi baju pengantin,” tulisnya.
Ads
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie 1 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Normala turut menambah, meskipun segala urusan pernikahan harus dijalankan secara tergesa-gesa namun dia tetap reda dengan segala perancangan yang telah ditetapkan oleh yang maha Esa.
Ads
“Begitulah pengantin di musim pendamik ini, menerima seadanya tentang pasangan masing-masing yang penting redha dengan ketentuan Allah.
“Sebagai emak aku sujud syukur kerana yang wajib sudah didahulukan. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke jannah.
Sumber: Instagram Datin Seri Normala Samsudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi Liana Rosli menjelaskan mungkin berlaku kekeliruan terhadap slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak lelakinya, Faris Razman yang diumumkan pada 27 Mei lalu.
Liana atau lebih mesra disapa Kak KM sebelum ini berkongsi Faris berjaya meraih 6A dalam SPM lalu namun ada netizen mendakwa keputusannya berbeza iaitu 3A apabila ia disemak secara dalam talian.
Susulan itu, Kak KM mengambil keputusan untuk membuat semakan semula keputusan SPM anak lelakinya itu.
“Sebenarnya benda itu (isu keputusan SPM) tengah ada isu dan perkara itu masih belum selesai.
“Jadi sekarang tengah tunggu keputusan SPM yang sebenar dan baru kita akan umumkan. Tak boleh nak cakap apa-apa buat masa sekarang,” katanya.
Liana menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media Pesona Kebaya di Pavilion Damansara Heights pada Sabtu.
Liana bagaimanapun menjelaskan dia tidak bersedih dengan perkara tersebut, sebalik tetap berbangga dengan kecemerlangan Faris.
“Tak sedih pun sebab kami bukan menipu dan saya pun tak sebut apa-apa tentang isu diperkatakan.
“Kita tunggu dan lihat pada rezeki… Janji ada A dan B. Sebagai ibu saya tetap bangga dengan Faris.
“Tak kisahlah dia pandai atau bodoh, saya tetap berbangga dengannya sebab dia sudah buat yang terbaik,” jelasnya.
Mengulas mengenai kecaman dia memberi hadiah mewah kepada Faris, Liana menganggap itu adalah rezeki anaknya dan tiada siapa patut mempertikaikannya.
“Suka hatilah kita mampu! Saya pun tak minta duit orang lain atau menyusahkan sesiapa.
“Itu memang rezeki anak saya. Jangan kedekut dengan anak sebab sebagai ibu bapa pun kita menumpang rezeki mereka,” ujarnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Dayang Nurfaizah memberikan dedikasinya terhadap semua pihak yang menyokong perjalanan lagu Debu yang turut bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), malam tadi.
Karya hasilan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim itu turut menampilkan kolaborasinya bersama Amir Masdi.
“Thank you for supporting Debu. Thank you @amir.masdi, faithfulmusicmy, @novamusicmy @tv3malaysia @muzikmuzik_official. Congrats to all the winners,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminatnya menitipkan kata-kata semangat dan memuji persembahan mesti rezeki tidak berpihak kepada mereka di AJL37.
Terdahulu di dalam anugerah muzik tahunan yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil itu, lagu ciptaan dan nyanyian Aina Abdul, Terus Hidup dijulang sebagai juara utama.
Aina turut diumumkan sebagai penerima trofi Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu sama.
Sementara Semalam Di Temasik persembahan Joe Flizzow dan SonaOne di tempat kedua dan Alif Satar & The Locos yang menyampaikan lagu Anugerah Terindah di tempat yang ketiga.
Shiha pula mengungguli Anugerah Persembahan Terbaik (Irama) dan Khai Bahar yang turut bersaing menerusi lagu Sengsara pula diraikan sebagai Anugerah Pilihan Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Selasa lalu sekitar jam 10.45 malam.
Menurut Neelofa, bayi lelaki yang belum diberikan nama itu kini berada dalam keadaan sihat.
“Tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.
Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa,” katanya.
Baik Neelofa, suaminya Haris Ismail juga mengharapkan agar permata hati membesar sebagai anak yang soleh.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang, amin!
“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya, Insya-Allah,” katanya lagi.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Neelofa turut memaklumkan mereka bakal berkongsi nama anak keduanya menjelang tujuh hari kelahiran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...