Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa sedih dan sebak sewaktu menghantar isterinya, Datin Nur Shahida di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah, pada Khamis.
Aliff atau nama lengkapnya, Aliff Syukri Kamarzaman menzahirkan rasa itu bersama para pengikut menerusi satu entri di akaun media sosial Instagram miliknya.
Difahamkan, isteri kepada usahawan berusia 34 tahun itu telah berangkat bersama kedua ibu bapanya.
“Perjalanan mama untuk menunaikan umrah kenangan tahun ini amat berbeza dengan sebelum ini. Sebab sebelum ini saya menghantar @shahidadherbs menunaikan umrah selalunya bersama arwah nenek saya, tapi tahun ini saya hanya mampu menghantar mak mertua bapa mertua dan isteri saya menunaikan umrah,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, Aliff memberitahu bukan satu perkara mudah apabila terpaksa berpisah seketika dengan permaisuri hatinya itu dalam satu jangka masa yang lama.
Ads
Namun, Aliff sekeluarga tetap tabah demi merealisasikan impian isterinya yang ingin menunaikan umrah pada setiap tahun.
“Walau amat sedih, tetapi kami sekeluarga tabahkan juga..paling terasa adalah anak-anak kecil ini..tak sanggup sebenarnya nak menghantar isteri saya, tetapi apakan daya.. niat isteri saya memang dari dulu kalau ada rezeki duit lebih.. dia teringin menunaikan umrah setiap tahun.
Ads
“Alhamdulillah, syukur impian ini dapat saya tunaikan..kecuali ketika Covid. Apapun, bukan mudah untuk kami sekeluarga melepaskan mama untuk jangka masa yang lama.
“Semoga mama gembira menunaikan umrah dan tenang di sana bersama ibu dan ayah beliau,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, akhirnya mengesahkan ikatan perkahwinan mereka apabila berkongsi gambar di atas pelamin, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai majlis raja sehari mereka.
Perkongsian berita gembira itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram masing-masing, sebentar tadi.
Segak & Anggun Sedondon Putih
Dalam foto yang dimuat naik, pasangan ini tampil menawan dalam busana sedondon dalam rona putih.
“Alhamdulillah, got married on a blessed Friday #skmlfoundthedate,” tulis ringkas pada kapsyen.
Perkongsian berkenaan pantas menjadi sorotan warganet apabila masing-masing turut tumpang gembira selain menitipkan ucapan yang indah menerusi ruang komen.
Kalau Sudah Jodoh…
Sebelum ini, desas-desus mengenai pernikahan mereka hangat diperkatakan, dengan laporan media menyebut majlis berlangsung di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak hari ini.
Terdahulu, Syafiq dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi Lana dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.
Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Saya bukan bekerja untuk duit tapi untuk keluarga’. Itulah reaksi yang diberikan oleh pelawak dan usahawan, Shuib saat diperkenalkan kepada media sebagai penyampai baru stesen radio Suria FM.
Shuib bakal bergandingan bersama Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang kini diberikan penjenamaan baharu sebagai Morning Morning Suria.
Pada masa sama, Shuib turut menyifatkan tawaran tersebut sebagai sebuah lagi rezeki yang ditinggalkan oleh arwah isterinya yang juga merupakan penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah.
“Sampai saat ini, saya selalu fikirkan yang banyak sangat rezeki arwah bagi kepada saya. Dalam perjalanan ke sini pun, saya bercakap seorang diri ‘Ibu banyak sangat yang you tinggalkan untuk I’.
“Saya anggap tawaran ini sebagai rezeki peninggalan arwah dan anak-anak. Sebab itulah semasa diberikan tawaran, saya sangat bersyukur kerana peroleh jumlah bayaran yang sangat baik untuk saya dan keluarga.
“Saya sangat teruja kerana Suria FM sememangnya sangat berpotensi dan mungkin dengan kemasukkan saya, kita boleh mencapai ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada MH.
Shuib berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengenalan penyampai radio baru Suria FM yang diadakan di Hotel Le Meridian, Putrajaya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Shuib turut mendedahkan proses perbincangan mengenai soal gaji pula telah pun berlangsung dengan sangat mudah.
“Saya berjumpa dengan Dj Lin untuk berbincang mengenai tawaran ini hanya sekali sahaja. Saya cakap dengan DJ Lin mengenai jumlahnya dan dia mahu panjangkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.
“Pada mulanya, saya anggap tawaran ini ini tidak menjadi sebab pihak Dj Lin pun diam agak lama. Nak dijadikan cerita, dua minggu lepas, saya dapat mesej daripada Dj Lin.
“Pada waktu itu, saya sendiri tak percaya pihak pengurusan bersetuju dengan permintaan saya. Dj Lin minta saya bersedia sebab benda ni dah muktamat,” ujarnya lagi.
Meskipun pada awalnya dia agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut, namun, Shuib merasakan mungkin sudah tiba masanya untuk dia kembali sibuk.
“Saya terpaksa akui semangat untuk saya berkarya ini sebenarnya dah hilang. Ini bukan sebab mengada-ngada. Saya ni dah tolak macam-macam jenis tawaran bukan sahaja di radio tetapi juga di televisyen.
“Malah, Sepahtu Reunion pun saya belum ada rasa nak buat. Nak tak nak saya kena teruskan juga sebab dah berjanji. Saya anggap fasa ini sebagai ‘wake up call’.
“Pada masa sama, saya perasaan yang diri saya agak santai. Saya hanya fokus pada keluarga dan bisnes. Jadi, jadual saya banyak kosong sampai tak tahu nak buat apa,” kongsi lagi.
Ketika ditanya mengenai cabaran untuk mengubah rutin hariannya selepas ini, Shuib memaklumkan dia sebanarnya sudah terbiasa untuk memulakan harinya sejak awal pagi.
“Salah satu sebab saya setuju nak kembali ke radio kerana anak-anak pun dah sekolah. Sekarang ni, pukul 10 malam tu dah tidur. Anak-anak saya pula tak boleh tidur kalau bapanya tiada. Jadi memang sesuai sangat.
“Anak-anak bangun pukul 6 pagi dan bila dah masuk radio ini, pukul 5 pagi dah kena bertolak. Jadi, saya akan siapkan barangan sekolah mereka lebih awal.
“Sebelum ini pun, memang itu tugas saya. Siapkan mereka dan saya jugalah yang hantar serta ambil mereka balik sekolah,” akhirinya.
Terdahulu, Shuib bakal ke udara buat pertama kalinya pada Isnin ini bemula jam 6 hingga 10 pagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian terkini pempengaruh, Ameera Khan di Instagram mencuri perhatian warganet selepas ramai yang memuji penampilan sopannya menerusi beberapa gambar yang dimuat naik.
Mengenakan persalinan abaya dalam rona merah jambu cair, ramai yang meninggalkan komen memuji terhadap hantaran yang dikongsikan adik kepada selebriti Neelofa ini.
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...