Pelakon Ainul Aishah mendedahkan dia dan tunang, Khalid Redzuan merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.

Bagaimanapun, Ainul, 36, menjelaskan dia tidak menolak sekiranya sampai jodoh awal untuk bergelar isteri kepada lelaki pilihannya itu.

“Kami merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini. Bagaimanapun berdasarkan situasi semasa, kami kena ‘go with the flow’ sajalah.

“Kalau boleh memang mahu percepatkan. Asalkan majlis itu nanti boleh diraikan oleh insan terdekat dengan kami berdua itu sudah memadai. Kami pun sepakat untuk buat majlis secara sederhana.

“Asalkan perjalanan majlis itu berjalan lancar. Sekarang tengah kumpul duit untuk ke arah itu.

“Sejujurnya Khalid pernah rancang untuk lamar saya tahun lalu. Dia nak buat kejutan pada hari lahir saya pada April. Akan tetapi hasrat tersebut tak kesampaian kepada pandemik,” katanya.

Ads

Ditanya mengenai soal persiapan menjelang hari bahagianya pula, Ainul yang pernah muncul dengan single Don’t Worry Honey itu mengakui sudah mengenal pasti beberapa lokasi, termasuk soal hantaran kedua-dua belah pihak.

“Persiapan masih lagi berjalan, bukan mudah sebenarnya. Kalau boleh saya mahu semuanya teratur.

Ads

“Setakat ini, tinggal lagi untuk kami pilih lokasi nikah sesuai dan baju perkahwinan. Hantaran kahwin pun sudah ada dalam senarai.

“Alhamdulillah ada juga beberapa pihak yang sudi menaja majlis kami nanti, Insya-Allah,” katanya lagi kepada MH.

Ads

Menyifatkan dugaan sebelum dan selepas bertunang itu berbeza, Ainul bersyukur kerana hubungannya bersama Khalid berjalan seperti biasa meski ada ketika mereka berselisih faham di dalam beberapa perkara.

“Kami baru sebulan bertunang, setakat ini tidak ada dugaan yang besar, malah hubungan kami bertambah baik selepas mengikat tali pertunangan.

“Tipulah kalau tidak ada langsung, akan tetapi semuanya okay. Doakan yang baik-baik. Bila diri-sendiri sudah jadi tunangan orang, barulah saya faham apa ertinya itu darah manis.

“Sebab sebelum ini ada rakan-rakan beritahu saya, selepas bertunang mesti akan ada dugaan berbeza. Jadi saya pun alaminya juga tapi ia tidaklah melibatkan hal-hal besar,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ainul baru sahaja selesai penggambaran drama episod, Terlerai Nokhtah untuk tayangan slot Samarinda TV3.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI