“Hantu Dalam Kereta?” – Fauzi Nawawi Mohon Penjelasan

Share

Kecoh beberapa hari lalu apabila satu kes yang didakwa telah dirakam di persimpangan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur apabila kelibat seorang lelaki secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan.

Kemudian, individu berkenaan dilihat bergelut demi meloloskan diri daripada keretanya lalu berlari sambil menjerit ‘hantu’.

Individu berbangsa Cina itu menjerit meminta tolong dan turut menyebut ‘Allah’, seperti yang didakwa ramai.

Kejadian ini berlaku pagi di persimpangan masjid wilayah persekutuan kuala lumpur jalan duta…seorang warga cina lelaki dikatakan nampak hantu didalam keretanya.

“Tiba-tiba menghentikan kenderaan dipersimpangan lampu isyarat dan menjerit meminta tolong…akibat dari terlalu takut sehingga dia menyebut nama Allah…dan meminta orang ramai menghantar beliau ke masjid.

“ADA TAK SESIAPA YG TAHU PERKARA NI LEBIH LANJUT ? hidayah

DENGAR DGN JELAS,” tulisnya pada akhir kapsyen.

Serentak dengan itu, perkongsian video Fauzi Nawawi pantas mendapat reaksi netizen.

Bahkan ada juga yang bersetuju, mengatakan hidayah datang tanpa diduga.

Menjemput hidayah memang payah, namun yang lebih susah adalah untuk mengekalkannya. Moga semua di bawah lindunganNya.

Foto : Instagram Fauzi Nawawi

Published by
Noraini Abd Wahab