Selepas berhempas pulas selama lima minggu, penyanyi senior, rezeki Ayai Illusi ternokhtah di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) apabila diumumkan sebagai peserta keempat yang tersingkir.
Ayai berada di kedudukan tercorot dengan markah sebanyak 53 peratus selepas gagal menambat hati para juri sejurus membawakan lagu Pusara Di Lebuhraya nyanyian asal kumpulan Ekamatra.
“Saya tetap bersyukur kepada Allah SWT. Apapun, terima kasih kepada pihak juri, Astro, para peminat, isteri dan anak-anak saya.
“Untuk semua rakan-rakan yang saya sayangi di ASGV, saya doakan yang terbaik buat anda.
Ads
“Semoga ceria selalu dan buat persembahan terbaik seperti biasa. Selamat berjuang,” katanya sejurus tersingkir.
Turut berada di posisi terendah yang hanya dibezakan dengan markah 0.75 peratus ialah Zamani sementara Noryn Aziz pula tidak dapat meneruskan rentak kecemerlangan seperti minggu lalu apabila turut berada di kalangan ‘bottom 3’, hanya raih 60.75 peratus.
Ads
Liza Hanim sukses dengan markah 70.50 selepas sekaligus berada di ranking pertama minggu ini.
Berikut carta penuh markah kesemua bintang bertanding pada minggu ini;
Ads
ASGV bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas tampil dengan empat single sejak 2017, penyanyi dan pelakon, Zulin Aziz kini melancarkan nakshah terbaru berjudul Rahsia menerusi syarikat rakaman 17 Eleven Music.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, lagu berkenaan juga turut dipilih menjadi lagu tema drama Penjara Janji yang ditayangkan di Slot Samarinda, TV3 sepanjang Ramadan lalu.
Lagu ciptaannya itu ditulis khas untuk drama terbitan JS Pictures dan tidak ada kaitan dengan dirinya seperti kebanyakan lagunya sebelum ini.
“Lagu Rahsia ini saya buat sepenuhnya sendiri. Ia juga adalah lagu tema untuk drama Penjara Janji yang ditayangkan pada Ramadan lalu. Tapi, lagu ini dilancarkan lambat sedikit disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Lagu ini mengisahkan hubungan yang belum pasti. Banyak perkara yang masih belum jelas dalam perhubungan itu sampai dia tak tahu hala tuju perhubungan itu, sama ada ke alam perkahwinan atau sampai tahap itu saja.
“Tapi dia pilih lelaki yang dia rasa selesa, sebab itu nama dia Rahsia. Kalau orang selalu dengar nanti, orang akan fikir lagu ini mengenai kekasih gelap.
“Tapi bukan. Ia ada kena mengena dengan drama Penjara Janji ini. Kalau lagu yang dulu memang dibuat khas untuk individu berkenaan, tapi lagu ini tak. Lagu ni sedih sangat nak ditujukan pada orang. Kiranya tak ada kena mengena dengan diri saya pun,” katanya.
Biarpun ramai memuji bakat nyanyian dimiliki selain karya yang dihasilkan itu mendapat maklum balas positif peminat muzik tempatan, Zulin mengakui pembabitannya dalam bidang nyanyian sekadar suka-suka.
“Kalau ikutkan menyanyi bukanlah fokus saya, ia sekadar suka-suka. Tapi semua single yang saya hasilkan adalah untuk lagu tema drama. Ini mungkin rezeki saya menyanyi untuk lagu tema drama.
“Sejujurnya, tidak pernah terfikir untuk masuk Muzik Muzik atau Anugerah Juara Lagu (AJL), tak nak dan tak pernah terfikir sampai tahap itu pun. Diakui memang pernah ada pihak ‘approach’ untuk ke depankan lagu saya, cuma saya memang tak hantar pun lagu ke radio dan sebagainya sebelum ini.
“Lagi pun syarikat rakaman saya 17 Eleven Music tahu yang saya menyanyi bukan sejenis serius. Saya memang buat lagu sekadar untuk lagu tema. Tak ada fikir dan rasa nak pergi jauh dalam bidang ini.
“Sebab saya bukan penyanyi profesional. Boleh menyanyi tapi tak sebagus penyanyi sedia ada,” katanya lagi.
Mengenai lagu Rahsia, Zulin berkongsi yang mana lagu itu dihasilkan tahun lalu sebelum penggambaran drama dibuat.
“Lagu ini saya buat tahun lepas, sebelum penggambaran drama Penjara Janji. Saya ambil masa seminggu nak siapkan. Sebab lagu ini bukan berat dan susah. Ia mesra pendengar.
“Projek lagu lain selepas ini, perancangannya belum ada lagi. Cuma, disebabkan saya di bawah label syarikat rakaman, jadi akan ada lagi lagu lain bergantung pada projek drama.
“Jadi, sekarang ini fokus pada bisnes dalam talian dulu sebab masih tak boleh ‘shooting’.
“Tarikh penggambaran pula ditangguhkan dan tak tahu sampai bila. Mungkin sampai selepas habis PKP. Kalau masih tak boleh ‘shooting’, jadi teruskan berniaga saja,” katanya.
Lagu Rahsia sudah boleh distrim di semua pelantar muzik digital bermula 25 Jun lalu.
Malah, muzik video lagu tersebut yang dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music juga sudah pun ditonton lebih 19,000 kali selepas beberapa hari dimuatnaik.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli kereta jenis Toyota Yaris hasil titik peluh sendiri, pelakon remaja, Qistina Raisah mengenang memori bersama kereta lama yang sering dipandu ibu yang juga pengurusnya, Roszana Aminuddin.
Menurut Qistina, hampir sedekad ibunya memandu kenderaan jenis Proton Exora itu, membawanya ke lokasi penggambaran sejak dulu sehingga kini.
“10 tahun ibu bawa Exora manual ni. Ibu pernah cakap ‘baby jangan malu tau naik Exora.’ Tapi saya tak pernah sekali pun malu saya naik Exora je sebab inilah kereta susah senang saya.
“Saya berjaya ke tahap ni dengan kereta Exora. Walaupun sekarang bukan Kereta mewah tapi saya bersyukur dan saya bangga.
“Umur 16 tahun saya boleh bayar kereta saya sendiri,” katanya menerusi hantaran terkini yang dimuat naiknya di Instagram.
Pelakon asal Singapura, Atikah Suhaime yang baru sahaja bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh menyifatkan gelaran ‘Datin’ yang dibawa bukanlah suatu hal yang mudah.
Menurut Atikah, dia menghormati ‘pangkat’ tersebut sekaligus optimis untuk membawa gelaran Datin seiring dengan perkara positif yang boleh dilakukan.
“Bagi saya title Datin itu merupakan satu gelaran yang sangat saya hormati. Mungkin diri saya masih banyak lagi kekurangan untuk memegang gelaran tersebut sebenarnya.
“Malah untuk seseorang individu itu mendapat gelaran Datuk pun bukanlah sesuatu yang mudah.Jadi pada saya, suami telah melakukan yang terbaik bersama gelaran yang diberikan,” katanya.
Atikah berkongsi perkara itu menerusi temubual bersama TikTok Majalah Nona yang kembali dikongsikan di ruangan Instagram.
“Ya, saya sudah ada ‘title’ itu, tetapi saya kena melakukan sesuatu kepada masyarakat misalnya, sebagaimana yang telah dilakukan suami. Sekarang ini, adalah tanggungjawab dan peluang saya untuk buat perkara sama.
“Malah situasi itu membuatkan saya terfikir… Oh, saya perlu menyumbang sesuatu kepada orang di luar sana.
“Mungkin daripada segi perniagaan (Zaitun) di mana kami mengeluarkan prduk yang berkualiti tinggi, tetapi dengan harga yang mampu milik. Supaya orang Muslim khususnya boleh menggunakannya.
“Jadi pada saya, itulah salah satu cara yang boleh kita berikan balik kepada masyarakat,” katanya lagi.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 30,000 kali tontonan disusuli dengan pelbagai komen baik yang ditinggalkan warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.Perkara...