Setelah 12 hari berlalu tiada khabar berita, pelakon Datin Paduka Eina Azman akhirnya tampil untuk berkongsi perkembangan terkini kesihatan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet yang telah sembuh daripada jangkitan wabak Covid-19.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Eina atau nama Ainur Syakina Azman memanjat rasa syukur apabila seluruh ahli keluarganya termasuk dua orang pembantu rumahnya telah bebas daripada wabak penyakit berkenaan.
Dalam pada itu, Eina memaklumkan suaminya kini telah dibenarkan pulang ke kediamannya.
“Assalamualaikum… Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena covid Stage 4 dan paru2 pun dah merebak 30% Dengan oxygen yang turun naik dan dr pun ada ckp kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok suami kena masuk icu.
“Kalau boleh saya mmg tak nak suami saya d masuk ke icu. Ya Allah saya tak tahu nak cakap mcm mana perasaan ketika itu Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk.
“Memikir kan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar mcm2 cara untuk cuba sembuh kan suami saya” tulisnya.
Di samping itu, Eina menitipkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesihatan seluruh ahli keluarganya.
“Di sini saya ingin ucap kan terima kasih banyak2 kepada keluarga kawan2, dan semua followers saya yang tak henti2 mendoa kan dan bagi saya mcm2 barang dan tips untuk cuba sembuh kan suami saya Saya tak mampu nak balas semua whatsapp dan dm. “
“Saya hanya mampu ucap kan terima kasih sekali lagi atas segala doa2 yang baik untuk diri saya suami, dan bibik2 Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa2 u all yang Allah makbulkan Syukur Alhamdullilah aminnnn aminnnn aminnnn
#staysafe #takecare” tulisnya lagi.
Terdahulu, Eina bersama suami serta dua orang pembantu rumahnya telah disahkan positif wabak berkenaan selepas menjalani ujian saringan pada 30 Ogos lalu.
Untuk rekod, Eina telah mendirikan rumah tangga Datuk Paduka Kaiser Gurmeet pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Foto: Instagram Eina Azman