Genap 100 hari pemergian anak penyanyi era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan iaitu Mohammad Aqil Zulkarnain menghadap Pencipta pada 16 December tahun lalu.
Kongsi bekas bintang Gegar Vaganza Musim Ke-2 itu, dia sentiasa mendoakan agar arwah berada bersama orang-orang beriman.
“24.03.2020 ~ Harini genaplah 100 hari anakanda Mohammad Aqil Zulkarnain meninggalkan kami. Kami semua merinduimu Aqil..
IKLAN
“Tidak sedetik pun tiada kamu dlm ingatan & sebutan kami.. Doa mama, Allah swt mengampunkan segala dosamu ankku, dilapangkan kuburmu & diterangkan dgn Nur cahayaNYA , dijauhi dr azab kubur & api neraka, tempatkan anakku di kalangan org² yg beriman di dlm SyurgaNYA 🤲🏻😭..aamiin yra.
“Hanya bacaan yaasin dr mama,adik brdk mu,kaum klrga jauh dan dekat..
Insyaallah selepas keadaan getir ini berakhir, mama akan tunaikan niat kita sklrga ye..kita berkongsi dgn mereka,” tulisnya.
Anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth (lebihan gigi pada bahagian tengah) di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Sabtu.
Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, Aaisyah kini banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan.
“Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) selalu mengadu tak selesa di bahagian giginya.
“Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.
“Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu,” katanya.
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.
“Masa buat CT Scan baru-baru ini, baharu nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu,” katanya lagi.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu dalam masa sama turut bersyukur kerana anak perempuannya seorang yang kuat semangat.
“Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya,” kata Che Ta lagi.
Terdahulu, Che Ta memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan sebelum dan selepas Aaisyah menjalani pembedahan Supernumerary tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak tahan diganggu dengan panggilan telefon misteri, penyampai radio, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Dj Lin mendedahkan nombor telefon individu berkenaan demi kebaikan bersama.
Kongsi Penyampai Radio Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 32), nombor yang disifatkan sebagau ‘scammer’ itu didakwa ada melakukan panggilan terhadap Dj Lin yang kononnya telah membuat pinjaman bank.
“Alang2 minah #scammer ni nak popular nak menipu konon kata kita ni ada buat pinjaman banklah dgn #cimb meh DJ Lin tolong viralkan!
“Stupid people with stupid brain! Yg lain pls alert ya kalau dapat dari nombor ni tolong jgn angkat pastu block terus k.
“Jangan tertipu ya #radiodj,radioannouncer scammernaktipudjlin #stupidscamner #djlinpantangorangmenipu #scammer,” tulisnya sambil mendedahkan nombor telefon individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Difahamkan, individu tersebut turut menghubungi penyampai radio itu kira-kira jam 2:56 petang tadi.
Lalu, netizen turut berasa kurang senang terhadap tindakan yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab itu dan meninggalkan pelbagai komen.
Dj Lin sebelum ini pernah mendapat panggilan misteri dari nombor yang berbeza ketika meraikan ulang tahun kelahirannya pada 31 Disember lalu.
Foto : Instagram DJ Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tilmiz Saifullah dan Tilmizah Nazirah tidak dapat menahan air mata apabila diumumkan tersingkir pada peringkat separuh akhir program Akademi Qurra’, baru-baru ini.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan lima lagi peserta mara ke pentas akhir. Mereka terdiri daripada Tilmizah Maghfirah; Tilmiz Akasyah; Tilmizah Nooraini; Tilmiz Zuhdi dan Tilmiz Fahmi.
Tilmizah Nazirah, 24, atau nama sebenarnya Nurnazhirah Shaharudin berkata, dia terlalu sedih kerana terpaksa meninggalkan Akademi Qurra’.
“Alhamdulillah, saya dapat peluang hingga ke peringkat separuh akhir, apatah lagi sebelum ini banyak kali di kedudukan bawah. Sejujurnya, saya sudah ‘all out’ dan buat yang terbaik. Saya fikir, kalau tersingkir tidak mengapa kerana sudah usaha yang terbaik.
“Saya terlalu sedih tinggalkan Akademi Qurra’. Kedua, air mata syukur sebab dalam kumpulan saya tinggal saya dan Fahmi saja. Saya memang berdoa supaya dia dapat ke akhir, potensi dia tinggi dan lebih besar,” katanya.
Nazirah berkata, dia akur atas keputusan juri selain mengakui kesilapan dibuat.
“Bila ada kesilapan, saya berasakan peluang ke akhir tipis. Malah, kalau tersingkir pun sudah jangka juga.
“Sebenarnya, dari awal lagi tak jangka akan terpilih menyertai program ini hingga mara ke separuh akhir. Awalnya saya hanya tahu dua jenis taranum saja, tapi sekarang sudah banyak,” katanya.
Sementara itu, Tilmiz Saifullah, 19, atau nama sebenarnya Saifullah Khanip Rofli berkata, dia berasa sedih kerana gagal menunaikan impian ibunya.
“Dari awal lagi saya memang menyasarkan kekal hingga ke akhir. Kedua ibu bapa dan rakan-rakan pun memberikan harapan besar. Jadi, apabila tersingkir itu yang saya tak dapat menahan air mata. Saya beranggapan gagal tunaikan janji pada mak,” katanya.
Sementara itu ketua juri, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman berkata, dia bersama juri lain tidak boleh berkompromi soal kesalahan bacaan.
“Antara tujuh peserta, saya sudah ada gambaran dan perkembangan mereka. Macam Saifullah dan Nazirah, taranum mereka agak bahaya, tapi bila dua kesalahan besar dibuat tanpa sengaja dan sedar oleh Saifullah, ia menguji amanah saya pada al-Quran.
“Bila tanya pada kedua-dua juri, mereka seolah-olah kejutkan saya yang mana satu kesalahan besar apabila membaca dengan kesalahan huruf. Kesalahan sebegini tak boleh dimaafkan,” katanya.
Pada peringkat separuh akhir, Tilmizah Maghfirah mendapat Anugerah Alunan Terindah.
Pentas akhir Akademi Qurra’ akan dihoskan oleh Fakhrul UNIC, disiarkan pada 18 Mac ini, jam 9 malam dan diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Qari Muhammad Qayyim Nizar dan juri jemputan.
Sementara Mudarris dan Mudarrisah yang menjadi tulang belakang membimbing semua peserta pula ialah Ustaz Ammar Mukhlis, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustazah Sofizah Mousin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling tidak menafikan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ialah kenalannya.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna...