
Kemaskini terbaharu nahas pesawat Jeju Air JC2216, menurut laporan The Guardian, dikhuatiri 179 maut dan disahkan hanya dua sahaja yang terselamat.
Setakat ini 120 mayat telah berjaya dikeluarkan dan 59 lagi masih hilang, pihak berkuasa menyifatkan peluang untuk mereka masih hidup sangat tipis.
Semasa kejadian, seramai 175 penumpang (173 warga Korea Selatan dan dua warga Thailand) dan enam anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.
Dua individu yang terselamat merupakan anak kapal yang duduk di bahagian ekor pesawat. Kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital berdekatan Lapangan Terbang Muan untuk menerima rawatan.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.03 pagi tadi, pesawat tersebut dalam perjalanan dari Bangkok menuju ke Korea Selatan.
Pesawat jenis Boeing 737-800 itu melakukan pendaratan cemas ‘belly landing’ disebabkan kegagalan gear dan merempuh dinding di hujung landasan sehingga menyebabkan letupan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kini Muncul Dengan Lagu Jauh, Danial Kifli Terkejut Peminat Kirim Gambar Alat Sulit! – “Mengucap Panjang Saya.”

Isi Kandungan
TogglePenyanyi, Danial Kifli akui terkejut apabila dia mendakwa pernah menerima mesej yang bukan-bukan daripada individu yang tidak dikenali.
Menurut Danial atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Danial Kifli, 22, dia pernah menerima gambar alat sulit selain mesej berbaur seks menerusi mesej peribadi dalam media sosial miliknya.
Ambil Pendekatan Tak Melayan
“Memang saya terkejut, rasa takut pun ada. Tak sangka langsung ada orang berani dan tak rasa malu kirim gambar alat sulit mereka. Baik lelaki mahu pun perempuan, mereka tak rasa segan.
“Apa yang buat saya tak boleh hadam hingga terfikir-fikir hingga ke hari ini, bagaimana ada juga individu yang ajak saya buat perkara tak baik dan sanggup taja semua kalau saya setuju.
“Semua ini agak pelik dan janggal sangat. Mengucap panjang saya. Apa pun, saya tak layan mesej-mesej mereka dan buang (delete) terus. Saya tak kata saya ni baik sangat, tapi saya masih ingat Allah,” katanya.
Danial pada masa sama sentiasa mengingatkan dirinya untuk terus perbetulkan niat dalam mencari rezeki.
“Dalam apa jua yang saya lakukan, kita kena sentiasa ingat permulaan kita. Kenapa kita nak berjaya dan untuk apa kita nak berjaya. Apa yang paling penting, sentiasa ingat Yang Maha Esa.
“Macam saya sekarang tinggal dengan ibu. Ayah sudah meninggal dunia seawal usia saya 13 tahun. Oleh itu, saya sentiasa ingat pesan mereka supaya jaga diri dan jauhi kemungkaran,” katanya lagi.
Promosi Lagu & Percaya Rezeki
Berkongsi mengenai kerjaya seni, Danial kini sibuk mempromosi lagu baharunya berjudul Jauh, selepas muncul dengan lagu Permata Istimewa, Pergilah Cinta dan Musnah.
“Lagu Jauh mengisahkan tentang seorang lelaki yang kehilangan dua insan tersayang secara serentak. Itu membuatkan hidupnya jadi kosong, keliru dan sedih sentiasa.
“Lagu ini amat istimewa bagi saya kerana jalan ceritanya yang penuh tersirat. Selain tu, liriknya pun mendalam dan melodinya memang kena dengan jiwa saya.
“Saya tak harap lebih. Cuma berharap agar lagu Jauh dapat menambah impak positif lebih lagi berbanding lagu saya sebelum ini yang berjudul Musnah,” katanya.
Danial juga tidak menafikan namanya kurang dikenali berbanding barisan penyanyi seangkatan.
“Tipulah kalau tidak sedih kerana saya sudah berusaha sehabis baik tetapi hasilnya tak seperti yang saya impikan. Tetapi tidak mengapa, kerana saya percaya rezeki Allah itu ada.
“Lambat atau cepat, rezeki akan datang tepat pada waktunya,” katanya yang turut menyimpan impan untuk bekerjasama dengan Iera Milpan, Fieya Julia dan Dahlia Farhana selepas inil
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selamat Hari Kita, Yang…”- Lisa & Yusry Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Kongsi Foto Throwback

Pelakon Lisa Surihani telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
“23rd February 2019 : 7 years ago and later. Selamat Hari Kita, Yang.” tulisnya.
View this post on Instagram23rd February 2019 : 7 years ago and later. Selamat Hari Kita, Yang. ❤️
A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on
Menariknya, Lisa telah berkongsi dan mengimbau kembali kenangan dia bersama suaminya, Yusry Abdul Halim.
“A throwback picture to the time when we were confronted for a confirmation. We came up with all sort of common answers , think ours was perhubungan matang?U remember that yang?”
“the memory of the event is not that crystal clear but i do remember discussing over and over how we felt then.”
“We wanted to be comfortable with our own pace whilst trying to understand that our lives felt like it was in an aquarium.”
“Thankfully we learnt how to spread love and positivity in our own terms. What an interesting loved filled journey it has been for us two different individuals. Like two different shaped puzzles that fit.” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on
Lalu, rata rata peminat titipkan doa buat pasangan ini supaya berkekalan hingga ke akhir hayat.
Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan telah dikurniakan 2 cahaya mata.
MH mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat pasangan ini.
Foto : Instagram Lisa Surihani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nabila Huda Nak Balas Isu Kongsi Minum Susu Dengan Kucing, Tapi Pilih ‘Senyap’; “Ramadan Ni, Jawapan Tu Agak Sensitif..”

Sedar namanya diperkatakan gara-gara berkongsi makanan dengan kucing peliharaannya, pelakon Nabila Huda tampil menjawab kritikan netizen terhadap dirinya.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Nabila atau Abil, 39, berkata dia mempunyai jawapan untuk membalas kepada semua pihak yang mengecam dirinya namun dia lebih senang untuk tidak berkongsikan perkara itu kepada umum demi menghormati bulan Ramadan.
“Kemaen (bukan main) orang komen geli pasal Abil share milk dengan kucing saya tu. Sebenarnya Abil ada jawapan nak balas kepada semua.
“Tapi bulan Ramadan ni, jawapan tu agak sensitif. Takpe, saya simpan. Rasa tak manis pula sebab jawapan tu boleh buat orang imagine dan malu sendiri nanti,” tulis Abil.
Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen memahami tindakan Abil itu yang hanya boleh difahami oleh pencinta kucing sahaja.
“Orang yang ada kucing sahaja yang faham, Abil. It’s okay.
“Let them be, semoga banyak pahala Abil. Murah rezeki bulan baik ni.
“Kucing saya pun suka je cilok susu mama dia minum. Daripada cawan yang sama ya. Kita bela dia macam anak wahai netizen, haha so isu geli tu apooo,” komen sebahagian netizen.
Terdahulu, anak kepada rocker Amy Search itu berkongsi video memaparkan dia sedang menikmati bijirin coklat sambil berkongsi susu bersama kucingnya, Akiko dalam satu mangkuk yang sama.
Susulan itu, ramai tampil mengecam tindakan Abil yang dikatakan boleh mendatangkan penyakit kepadanya sekiranya berkongsi dalam satu bekas makanan atau minuman yang sama dengan binatang peliharaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI