Siapa yang suka kalau tiba-tiba namanya dilabelkan dengan gelaran yang tidak membawa apa-apa kebaikan dan apatah lagi tidak betul kan?

Bagi mereka yang mengenali pemilik nama Alvin Chong, tentunya tahu bagaimana perwatakan pelakon dan penyanyi itu.

Hanya Kerana Panggilan ‘Baby’ Alvin Chong Di Tuduh Playboy?

Bagaimanapun, haters sentiasa di mana-mana. Mungkin berang kerana dituduh playboy, Alvin tampil menafikan dirinya seorang kaki perempuan di laman Twitter miliknya.

Ads

“Untuk pengetahuan korang semua, saya suka memuji kawan-kawan, panggil diorang cantik, handsome, genius, idol.

 

“Kenapa? sebab saya sukakannya. Saya pun panggil kawan-kawan rapat, baby dan sayang kerana memang memang betul saya sayangkan mereka.

 

“Kalau sebab itu, korang ingat saya playboy, jangan risau sebab saya tak kan panggil korang itu. Tapi… kesian korang takde kawan rapat nak panggil sayang kan?” tulisnya.

Tweet Alvin mendapat sokongan peminatnya yang meminta agar dia tidak mengendahkan kata-kata negatif netizen itu. Bak kata orang haters gonna hate!

Hanya Kerana Panggilan ‘Baby’ Alvin Chong Di Tuduh Playboy?

Ads

Tambahnya Alvin lagi, dia kesal dengan sikap sesetengah netizen yang suka sangat jadi keyboard warrior ni.

“Semua orang ingat mereka tuhan di media sosial, suka sangat nak menghukum orang, bagi pendapat negatif.

 

“Kenapa kita tak muhasabah diri sendiri terlebih dahulu?” katanya lagi.

Apapun MH faham Alvin seorang yang macam mana dan memang tidak dinafikan Alvin seorang yang sangat menghormati orang kelilingnya.

Ads

Dirinya sangat peramah dan gila-gila orangnya.

Tetapi mungkin kerana terlalu baik ramai yang salah faham dengan cara selebriti ini bergaul.

Apapun harap Alvin kuat dan sabar dengan segala tomahan yang dilemparkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI