Tiada kata yang dapat digambarkan sakitnya apabila si anak pergi dijemput Illahi.
Walaupun reda, namun sukar menahan rindu buat mereka yang telah meninggal dunia.
Memetik perkongsian rohani dari Fedtri Yahya, meski kesempitan hidup, namun arwah Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri setidak-tidaknya cuba meluaskannya dengan cahaya Al-Quran.
Meski terlalu pedih menerima hakikat, anak yang diharap boleh membantu keluarga pergi dahulu, namun takdir Allah siapa dapat menduga.
“Inspirasi:
Walau dalam kesempitan hidup, anak muda ini meluaskannya dengan cahaya Al Quran. Melalui perkongsian @purahmatikhsan yang bertemu dengan ibu bapa Arwah Fahmi, jelas kelihatan sebak yang sarat kerana anak harapan untuk membantu keluarga ( juga pelajar cemerlang ).
“Namun Allah lebih menyayanginya. Kembali kepada Pencipta dengan 30 juzuk di dada. Sebenarnya hanya mati jasad. Dia… terus ‘hidup’ dalam dimensi yang berbeza. Rezeki dalam bentuk yang lain… Yang tak dapat dilihat dengan mata kasar .”
Semalam, tular kisah pelajar Universiti Al-Azhar, Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri yang meninggal dunia di Hospital Safarat, Hayyu Sabi’e, Kaherah, Mesir akibat pendarahan dalam kepala.
Perjalanan terakhir arwah disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa apabila orang ramai membanjiri Masjid Tontowi, Mesir untuk menunaikan solat jenazah dan memberikan penghormatan buat kali terakhir.
Fahmi dikenali sebagai seoarang insan yang mempunyai keperibadian yang baik dan merupakan seorang Hafiz Al-Quran.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI