Rupa-rupanya berita mengenai perkahwinan bintang realiti TV, Kourtney Kardashian dengan tunangnya, Travis Barker adalah sekadar ‘olok-olok’ belaka.
Kourtney menerusi laman Instagramnya menjelaskan, mereka hanya sekadar melakukan ‘latihan’ sebelum melangsungkan majlis perkahwinan sebenar.
Pasangan itu juga difahamkan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dan ia tidak sah mengikut undang-undang.
Majlis ‘perkahwinan’ itu dilangsungkan pada pukul 2 pagi, Isnin lalu di Las Vegas selepas beberapa jam majlis Anugerah Grammy melabuhkan tirai.
Pasangan berkenaan turut hadir memeriahkan lagi majlis anugerah muzik tersebut dengan menghadiri ‘after party’ yang diadakan selepas itu.
Ads
“Pada pukul 2 pagi selepas berlangsungnya satu malam yang epik, seorang permaisuri dan rajanya yang kacak pergi ke sebuah gereja dan ‘disatukan’ oleh paderi bergaya ala Elvis dan berkahwin (tanpa sijil perkahwinan sah). Kami buat latihan dulu,” tulis Kourtney.
Dalam posting tersebut, Kourtney, 43, turut berkongsikan foto perkahwinan bertemakan ‘rock and roll’ itu buat tatapan peminatnya.
Ads
Menerusi laporan media sebelum ini, perkahwinan mereka disahkan oleh pemilik gereja One Love Wedding Chapel, Marty Frierson. Lokasi itu menjadi kegemaran buat mana-mana pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan secara mengejut.
Malah, penyanyi Britney Spears juga pernah berkahwin di situ dengan salah seorang bekas suaminya, Alexander pada 2004.
Ads
Percintaan kakak kepada Kim Kardashian itu mula dihidu pada Disember 2020 dan kemudian pada Februari 2021 baharu Kourtney mengakui hubungannya dengan jejaka penuh bertatu itu.
Mereka kemudiannya bertunang lapan bulan selepas itu.
Hubungan mereka juga turut direstui oleh anak masing-masing. Kourtney mempunyai tiga orang anak iaitu Mason, 12, Penelope, 9, dan Reign, 7, hasil perkongsian hidup dengan Scott Disick.
Manakala Travis mempunyai dua anak meningkat remaja iaitu Landon, 18, dan Alabama, 16, hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Shanna Moakler.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Kourtney Kardashian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bertemakan Madagaskar, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengadakan sebuah majlis untuk meraikan hari lahir tiga orang anaknya iaitu Qadejah (8 tahun), Ibrahim (6 tahun) dan Qayyum (1 tahun).
Sering berkongsi gambar OOTD dan swafoto di Instagrammya, Fatin Afeefa telah mendapat komen berbaur sinis apabila ramai yang beranggapan bahawa perubahan fizikalnya sangat berbeza.
Antara perubahan yang dimaksudkan netizenadalah bentuk dagu dan hidung serta perubahan warna kulit.
Isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil mempertahankan pengasuhnya apabila ada individu mendedahkan bahawa anak angkatnya, Qayyum dipercayai mungkin telah didera.
Sejak dikurniakan cahaya mata, pelakon Anzalna Nasir semakin jarang kelihatan di kaca televisyen kerana ingin memberikan fokus terhadap penjagaan dan pembesaran anak-anak.
Menurut Anzalna atau nama sebenar, Nur Anzalna Md Nasir, 34, anak-anak merupakan punca kenapa dia mengambil keputusan untuk memperlahankan karier seninya sebagai seorang pelakon.
“I still love being a mother. Penat yang puas! Dapat tidur tiga jam pun, bangun pagi tetap bertenaga bila tengok muka anak-anak.
“Paling best bila anak-anak dah besar nanti kita boleh cerita ragam mereka daripada baby sampai ke besar sebab kita sendiri yang menjaga mereka.
“Ada maid atau tidak, tugas menjaga anak 100% pada saya dan suami. Tak nak anak membesar di tangan orang lain (punca kenapa saya tidak shooting drama),” tulisnya dalam perkongsian di InstaStory.
Hasil perkongsian hidup dengan Hanif Zaki, Anzalna mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia lima bulan.
Walaupun baharu memiliki dua anak, namun Anzalna berkata rumahnya tetap ‘kecoh’ dengan ragam dan keletah anak-anaknya.
“Anak dah dua ni kecoh juga. Baru dua tau… hahahaha. Kadang terfikir macam mana my mum and dad jaga kami lima beradik without helper. Hebattt!” tulisnya lagi.
Sekadar info, Anzalna memulakan kerjaya seni selepas bergelar finalis Dewi Remaja 2009/2010.
Antara drama lakonannya yang menjadi perhatian ialah seperti Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan Love You Mr. Arrogant.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bergelut dengan masalah keluarga, kisah cinta yang kandas dan kesihatan mental, tidak pernah menjadikan penyanyi yang digelar Princess of Pop ini hilang sinarnya sebagai seorang penghibur sejati.
Biar pun sudah lebih lapan tahun tidak menghasilkan album baharu, namun rangkaian lagu-lagu miliknya terus kekal malar segar dan sentiasa menjadi pilihan pendengar setia.
Terbaharu, Britney Spears sekali lagi mencipta kejutan apabila lagunya yang berusia 13 tahun iaitu Till the World Ends memasuki carta Billboard dalam kategori Jualan Lagu Digital Tarian/Elektronik minggu lalu.
Single itu meledak ke ranking lagu terlaris di Amerika Syarikat yang sesuai dengan genre tersebut di No. 10, bukan sahaja tersenarai malahan berada dalam peringkat paling tinggi dalam kategori itu.
Lonjakan naik lagu tersebut dikatakan bersangkut dengan kejadian fenomena alam iaitu gerhana yang merentasi benua Amerika minggu lalu.
Menurut laporan Forbes, sebarang lagu yang memiliki kaitan dengan aktiviti bulan, matahari atau sebarang perkataan yang menggambarkan tentang kejadian alam mendapat impak dari segi penerimaan pendengar dan juga jualan.
“Till The World Ends” menyertai lagu popular seperti The Beatles, Soundgarden, Bill Withers dan lain-lain, yang turut menyaksikan lagu mereka melonjak dalam kalangan pendengar dan kemudiannya kembali ke pelbagai carta Billboard.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...