Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha kini tampil ayu dengan mengenakan hijab, sejak empat hari lalu.
Bintang yang dikenali menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer menerusi Berita Harian menjelaskan, dia mulai pasang niat untuk bertudung sejak Ramadan.
“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.
“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.
“Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam,” katanya seperti yang dipetik.
Pelakon dan usahawan, Azza Elite meluahkan rasa syukur kerana memiliki sahabat yang baik seperti selebriti, Zarina Anjoulie yang sentiasa ada untuk memberi bantuan kepada orang ramai termasuk dirinya.
Setelah sekian lama menjalinkan hubungan persahabatan bersama, Azza menyifatkan Zarina sebagai seorang yang berhati mulia dan berakhlak baik.
Pada masa sama, Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari turut mendoakan agar sahabat kesayangannya itu sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa.
“Sahabat itu seperti bintang, dia memang tidak selalu terlihat. Tapi dia selalu ada untukmu. Terima kasih Allah hadiah insan insan yg baik untuk saya. Antara kesayangan kak za yg tak jemu jemu Bantu akk sedikit pun x rasa jemu Bantu @anjoulielavocah1.
“Anyway lepas pkpd Kalau dh boleh rentaihhh negeri jom kita pergi restaurant mak anjoue, nk kin kt situ doe .. jom jom !! X sabo rasa nya nk mkn masak lomakkk kt sana.
“Gais ..Anjoue ada beri kan pertolongan untuk bantu ramai org so mana mana yg nk tau Lebih lanjut boleh terus ke ig @anjoulielavocah1 beautiful soul!
“Kak za doa Allah melindungi anjoue selalu . Stay safe always Dik,” tulisnya.
Biar masih menyayangi dunia seni, penyanyi dan pelakon era lewat 90–an, Erna Elliyana bagaimanapun mendedahkan dirinya belum bersedia untuk kembali aktif.
Menurut Erna, meski terima banyak permintaan daripada perminat untuk melihatnya menyanyi dan berlakon semula, namun dia lebih selesa untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap dunia bisnes.
“Saya memang sayangkan dunia hiburan tetapi saya masih belum tergerak hati untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan. Mungkin kerana kesibukan dalam bisnes.
“Saya mengaku ramai peminat yang menghantarkan mesej dan meminta saya untuk melakukan kemunculan semula dalam bidang seni, tapi buat masa ini, biarlah saya fokus dalam perniagaan terlebih dahulu,” katanya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Bukan Untuk Sesaat itu akui teruja kerana masih berpeluang menyumbang bakti buat industri seni dengan menaja beberapa siri konsert dan progam muzik.
“Minat saya masih kukuh dalam hiburan ini saya salurkan menerusi tajaan pelbagai program dan festival. Terbaharu, menerusi perniagaan yang diusahakan, kami bakal menaja beberapa siri konsert.
“Dalam masa yang terdekat, menerusi jenama kecantikan Kamya Glow dan restoran Daigor Hong Kong Muslim, kami menaja konsert Andmesh Kamaleng semalam manakala Daigor baru sahaja dibuka turut menaja acara makan malam sempena Meet & Greet bersama bintang Indonesia itu bersama peminat,” katanya lagi.
Erna ditemui di majlis pembukaan restoran berasaskan menu Hong Kong Muslim itu di Jumpa @ Plaza Sungei Wang, Bukit Bintang, baru-baru ini.
Bercerita lebih lanjut mengenai premis makanannya itu, Erna memilih Itik Panggang sebagai antara ‘signature dish istimewa’ yang wajib dicuba pelanggan.
“Menu istimewa yang wajib dicuba ialah Itik Panggang. Susah nak cari Itik Panggang halal, tetapi kami menjadikan ia sebagai tarikan untuk berkunjung ke Daigor. Selain itu, hidangan Cheese Baked Rice dan pelbagai jenis daging, makanan laut, charcoal custard lava bun dan juga air kopi antara keistimewaan yang ditawarkan di sini.
“Kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir tujuh bulan untuk mendapatkan rasa yang paling dekat dengan apa yang dijual di Hong Kong,” katanya lagi.
Sekadar info, konsert Andmesh Kamaleng Live in Kuala Lumpur, malam tadi di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ituditaja oleh Kamya Glow iaitu produk kesihatan dan kecantikan dibawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd, yang juga sebuah syarikat subsidari AlphaCapital (M) Berhad.
Daigor pula merupakan rangkaian perniagaan makanan baharu di bawah jenama K-Town Alpha iaitu syarikat subsidiari Alphacapital yang memiliki variasi cabang perniagaan.
Selain Erna yang bertindak sebagai Lembaga Pengarah AlphaCapital, majlis pembukaan terbabit turut dihadiri oleh pengasas Daigor, Andy Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Alphacapital, Syed Mahadzir Fadaak dan Hilal Haizan selaku Lembaga Pengarah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof menyatakan rasa keliru berhubung amal ibadat bersedekah pada masa kini.
Soalnya, adakah seseorang dianggap tidak prihatin andai tidak mempertontonkan amalannya di media sosial.
Malah jelasnya menerusi satu entri di Instagram, dia tidak menghakimi sesiapa sebaliknya bimbang andai niat ikhlas itu hilang apabila amal dipertontonkan.
“Zaman ini..aku keliru, adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap tidak prihatin jika tidak dipertontonkan amalnya.
“Terpulang, tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa. Zaman ini sungguh aku keliru.
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” tulisnya.
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendakwa dia terpaksa mendahulukan wang sendiri kira-kira RM90,000 bagi memastikan seramai 40 jemaah dapat menunaikan umrah, baru-baru ini.