Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah membeli sebanyak 100 unit tablet untuk diberikan secara percuma kepada pelajar yang memerlukan.
Ini kerana, pihak kerajaan telah menetapkan sesi persekolahan pada tahun ini akan dijalankan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seperti sedia maklum, para pelajar yang menjalani sesi persekolahan PdPR memerlukan penggunaan komputer dan telefon pintae.
“Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan. -ebitlew,” tulisnya.
Serentak dengan itu, perkongsian Ebit telah mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen memuji sikap murni Ebit yang sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat
Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengambil insiatif untuk menetapkan sesi persekolahan dijalankan secara PdPR atau sesi pembelajaran dalam talian bermula 20 Januari bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari sehingga 4 Februari hadapan.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin rancak dijalankan sehingga ke hari pengundian pada 19 November depan.
Dalam tempoh dua minggu ini pastinya setiap parti dan calon terlibat giat menjalankan ceramah serta beramah mesra bersama pengundi di kawasan masing-masing.
Dikenali salah seorang selebriti yang sering berkongsi mengenai hal politik negara di media sosial miliknya, pelakon Datuk Adi Putra memberikan ‘pesanan’ buat semua individu yang terlibat dalam PRU15 agar berkempen secara baik dan aman.
“Saya mendoakan pada semua yang berkempen secara berhemah dan matang.
“Walau perbezaan ideologi parti, kita hormat dan menghormati.
“Selamat berkempen PRU15,” tulis Adi di ruangan kapsyen menerusi satu entri di laman Instagram miliknya.
PRU15 kali ini menyaksikan beberapa selebriti tanah air bertanding seperti Datuk Seri Eizlan Yusof bagi Parlimen Sabak Bernam dan pengarah, Ahmad Idham di Port Dickson.
Kedua-duanya bertanding atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Selain itu, pelakon Lando atau nama sebenar Azlan Sani Zawawi turut bertanding mewakili Pejuang bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang.
Pengarah Jurey Latiff pula bertanding di Parlimen Lenggong, Perak mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Adi Putra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi Zamani, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan suaminya sudah dibenarkan keluar dari hospital pada petang Khamis.
Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Juliana juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan semua yang mendoakan kesihatan vokalis kumpulan Slam itu.
“Alhamdulillah, Zamani telah dibenarkan keluar hospital petang ini.
“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, pasukan operasi pembedahan dan semua kakitangan hospital yang mengambil berat serta mendoakan Zamani,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Dalam entri tersebut, Juliana memuat naik video menunjukkan perkembangan terkini Zamani yang berjalan dalam keadaan badannya sudah kembali normal, tidak membengkok akibat penyakit masalah tulang belakang yang dialaminya sebelum ini.
Juliana turut sama menzahirkan penghargaan kepada Datuk Aznil Nawawi dan semua pihak yang membantu mendapatkan dana buat pembedahan Zamani.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Nil, semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani.
“Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Aznil menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang diusahakannya pada bulan Jun lalu.
Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 yang manna menyebabkan badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.
Penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu selamat menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!