“Happy Anniversary Bossku….”-Dihujani Komen Peminat, Abam Bocey Kini Dah Setahun Jadi Suami. Tahniah!

Share

Pelawak Abam Bocey telah berkongsi sekeping foto di akaun Instagrammya hari ini. 

Foto tersebut melihatkan Abam bersama isteri, Siti Nurhidayah yang sedang bercuti di sebuah resort sempena ulang tahun perkahwinan ke-1 tahun.

“Genap setahun.. syukur Alhamdulillah Ya Allah,” tulis Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan.

Lalu, netizen telah mengucapkan tahniah di atas ulang tahun perkahwinan mereka dan mendoakan kebahagiaannya sehingga ke Jannah. 

Untuk rekod, Abam dan Hidayah diijabkabulkan di Sabak Bernam, Selangor beserta mas kahwin RM3,000, seutas rantai dan wang hantaran RM13,888. 

Foto : IG Abam Bocey