Sedar tak sedar, kumpulan Slam yang popular sekitar tahun 90-an kini sudah lebih dua dekad dalam industri hiburan.

Dalam kegembiraan itu, anggota kumpulan Slam yang dihadiri Zamani (vokalis) dan Shah (gitaris) telah mengadakan majlis secara sederhana bersama peminat di sebuah restoran baru-baru ini.

“Kami nak ucapkan terima kasih banyak2 kpd semua yg dengar lagu dan mengundi lagu kami di radio..Terima kasih kerana masih sayang lagi Slam, tanpa ada, kami tak akan bertahan sehingga hari ini.. InsyaAllah.. Kalau ada rezeki, kami plan nak buat konsert tahun depan .. ni semua untuk anda,” kata Shah teruja.

IKLAN

Video yang dikongsikan Shah itu memaparkan wajah-wajah ceria dan keterujaan mereka meraikan ulang tahun penubuhan kumpulan Slam yang ke-25 tahun itu.

“Terima kasih tak terhingga kepada semua yang masih mendengar lagu2 slam & mengundi di carta2 radio.. slam dah lebih 25tahun.. happy 25 anniversary slam,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

Susulan itu, video tersebut dibanjiri komen dari netizen yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kumpulan yang popular dengan lagu Kembali Terjalin.

IKLAN

“Happy Anniversary Ke-25 Tahun SLAM!,”- Demi Peminat, SLAM Rancang Mahu Buat Konsert Tahun Depan, Dah Kasi Hint! “Happy Anniversary Ke-25 Tahun SLAM!,”- Demi Peminat, SLAM Rancang Mahu Buat Konsert Tahun Depan, Dah Kasi Hint! “Happy Anniversary Ke-25 Tahun SLAM!,”- Demi Peminat, SLAM Rancang Mahu Buat Konsert Tahun Depan, Dah Kasi Hint!

Wah! Kalau benar apa yang dikatakan Shah itu, pastinya tahun 2019 menjadi titik bersejarah buat peminat Slam untuk hadir ke konsert yang gilang-gemilang! Tak sabarnya!

Video : Instagram Shah Slam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI