Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menyambut hari kelahirannya setiap 22 November. Nama anak jati Felda Sendayan, Negeri Sembilan ini kembali meningkat naik selepas menjuarai program nyanyian popular, Gegar Vaganza musim ke-2.
Namun, jika diimbas kembali, Siti Nordiana merupakan antara penyanyi remaja yang popular sekitar lewat tahun 90-an.
MH bawakan 10 fakta menarik mengenai penyanyi yang popular menerusi lagu Terpaut Sayang Padamu ini.
Permulaan Karier
Nana memulakan kariernya menceburi bidang seni suara pada tahun 1999 ketika usianya baru 15 tahun. Memiliki suara yang lunak serta rupa paras yang cantik, tidak hairanlah Nana berjaya untuk menghasilkan lima buah album solo.
2. Duo Achik & Nana
Selain bergelar penyanyi solo, Nanaturut popular menerusi gandingan duetnya bersama penyanyi, Achik yang merupakan vokalis kumpulan Spin. Mereka terlebih dahulu mengenali antara satu sama lain ketika zaman remaja di Negeri Sembilan. Kemudian, mereka sama-sama menyertai syarikat rakaman FMC seterusnya menjadi pasangan duet yang diminati ramai. Antara lagu duet mereka yang masih popular sehingga kini ialah seperti Paling Comel, Memori Berkasih dan Gurauan Berkasih
3. Karier lakonan
Selain bergiat aktif dalam bidang seni suara, Nana turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Nana telah muncul dalam beberapa buah drama seperti Wad 04, Helah, Prahara, 3 Dara Pingitan, Nenas Dan Ikanku, Aku Budak Minang 2 dan Anak Tengi. Pada 2016, Nana muncul dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Dia Semanis Honey yang diadaptasi daripada novel karya Dila Dyna. Lakonan Nana dan Alif Satar misalnya turut mendapat tempat di hati peminat.
Ads
4. Alam Perkahwinan
Nana mendirikan rumahtangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada tanggal 29 April 2006. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, lahir pada 21 Mac 2008. Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 14 September 2009. Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.
5. Imej Berhijab
Pada tahun 2011, Nana mengumumkan akan mengenakan hijab secara kekal. Pengumuman tersebut dibuat pada bulan Ramadhan. Menurut Nana, niatnya terdetik untuk memakai tudung selepas banyak membaca buku mengenai perihal Islam.
6. Berniaga Pasar Malam
Ads
Sebelum mendapat peluang kedua bergelar penyanyi, Nana pernah melalui fasa kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya. Nana yang berputus asa dengan karier nyaniannya akhirnya memutuskan untuk berniaga di pasar malam.
7. Juara Gegar Vaganza
Gegar Vaganza musim ke-2 telah menjadi titik tolak permulaan semula karier Nana dalam bidang nyanyian. Nana telah dinobatkan sebagai juara menumpaskan peserta lain seperti Farah Dhiya, Ezad Lazim dan Nassier Wahab. Selepas itu, Nana berjaya mengekalkan popularitinya sehingga sekarang.
8. Perniagaan
Ads
Bermula tahun 2012, Nana menjalankan perniagaan busana Muslimah dengan label yang diberi nama Paling Comel. Nana kemudiannya melancarkan jenama tudungnya sendiri, NanaRayyan pada tahun 2016. Selepas sukses dengan jualan tudung dan busana muslimah, pada awal tahun 2017, Nana juga pernah tampil dengan koleksi gincu yang diberi nama SND.
9. Buku
Tahun lalu Nana telah melancarkan buku tulisannya yang bertajuk Life Goes On. Buku tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Life Goes On menceritakan tentang perjalanan hidup Nana sepanjang bergelar anak seni.
10. Top Top MeleTop AME2019
Namanya sekali lagi menjadi perhatian apabila dijulang sebagai pemenang kategori utama, Artis Top Top MeleTop Wanita di Anugerah MeleTop 2019 (AME2019). Menyifatkan kemenangan adalah sebagai rezeki dan sokongan peminat yang tak berbelah bahagi, Nana turut memenangi kategori Hos MeleTop!
Terkini Nana makin meletop menerusi single dan drama Satukan Rasa yang turut menampilkan Khai Bahar.
Foto: Instagram Siti Nordiana, Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Zarina Zainuddin mengesahkan dirinya positif virus Covid-19 selepas menjalani ujian saringan, pada Selasa.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, ibu kepada empat orang cahaya mata ini baru sahaja menerima suntikan vaksin dos pengalak pada 25 Feb lalu.
Malah Zarina turut melakukan ujian saringan beberapa kali demi mendapatkan kepastian.
“Terima kasih @kumpulan_megaklinik_zahran membantu untuk booster kami sekeluarga. Saya dah dapat booster untuk protection kami sekeluarga 25 Februari 2022.
“Hari ini 1 hb Mac saya dah confirm positive Covid-19. Mesti orang cakap ‘eh dah full vaksin pun still boleh kena ke?’
“Yes, booster tu untuk protection at lest jika kena sekali pun kita tidak lah sampai stage yang teruk . setakat stage satu dua saja.
“Saya ni dah masuk hari kedua lah kiranya. Saya notice malam tadi, then 3 kali saya buat swab test sendiri. Malam tadi dia macam bayang-bayang jer line tu. Pagi ni wah jelas saya pregnant anak covid,” tulisnya.
Serentak dengan itu, Zarina memohon maaf kepada semua kontak rapatnya supaya segera menjalani ujian saringan untuk keselamatan.
“Saya nak mintak sesiapa yang ada berjumpa dengan saya please pergi swab test. Saya minta maaf Allah nak bagi penyakit ni. Jika saya ada sakitkan hati sesiapa maafkan saya.
“Minta doakan saya, saya risau Azil bangun tido ni mesti dia ketuk pintu bilik saya nak masuk bilik. Tolong doakan saya ya.
“Saya ni jarang jarang sakit tapi bila sekali sakit saya macam orang putus harap. Perniagaan saya pulut kuning berjalan seperti biasa, ada cheff dan staff saya handle, InsyaAllah,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, penyanyi Fauziah Latiff ada memberi dedikasinya buat kedua arwah orang tuanya dan permata seni yang baru sahaja meninggal dunia pada tengah malam Khamis, Dato’ Nassier Wahab.
Perkongsian tersebut dimuat naik penyanyi Teratai Layu Di Tasik Madu itu menerusi Instagram.
“Ya Allah Ya Tuhanku, tiada lain yang ku pohon dari rahmatMu Ya Allah. Terima kasih di atas segala pemberianMu Ya Allah.
“Ayah… Mak… Nyawa dunia dan akhiratku. Terima kasih di atas kelahiran ini. Ayah, kerinduan yang tiada batasnya hingga hujung nafasku. Mak, nyawa dan nafasku yang terakhir. Terima kasih Mak Ayah, semoga tenang di sana Al-Fatihah
“Hari ini juga saya kehilangan seorang yang saya hormati dan kasihi. Al-Fatihah untuk Abangku, Nassier Wahab.
“Kepada keluarga, sahabat dan rakan-rakan di sini yang mengenali dan sentiasa bersama, terima kasih di atas segalanya.
“Di sini saya juga memohon keampunan jika ada segala kesalahan dan kesilapan atau yang menyinggung perasaan. Kupohon kemaafan. Halal makan dan minum,” tulisnya panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat turut mendoakan insan yang telah pergi buat selama-lamanya.
Terdahulu lapor Awani, 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.
Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih.
Terdahulu, pada April 2018, Allahyarhyam juga pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.
Arwah pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.
Foto: Instagram Fauziah Latiff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein telah berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, penyanyi yang terkenal lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dan sedih terhadap bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta.
“Adakah ini contoh seorang BAPA ?#TakBertanggungjawabKepadaAnak#TidakDatangMelawatAnak#TidakBayarNafkah#DanSekarang#Ermmmmmm#LengkapKauNi#HebatnyaKamu#YakinnyaKamu”tulisnya.
Kongsi Elly, bekas suaminya itu didakwa tidak menjalankan tanggungjawab membayar nafkah anaknya, Sefhia.
Lalu, perkongsian penyanyi yang berusia 38 tahun ini telah mendapat perhatian daripada peminatnya.
Di samping itu, peminat telah menasihati Elly untuk sentiasa tabah dan cekal menghadapi ujian hidup.
Terdahulu, Elly dan Azmi telah berkahwin pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015.