“Happy Birthday Bubu, Banyak Yang Telah Kita Lalui Bersama Selama 12 Tahun Ini,” – Dedikasi Afgan Kepada Rossa, Sempena Hari Jadi

Share

Umum mengetahui Afgan merupakan insan yang rapat dengan Rossa. Hubungan persahabatan mereka yang telah sekian lama terjalin rapat mewujudkan chemistry yang baik antara mereka.

Terbaharu dalam satu hantaran di laman Instagram, Afgan memuat naik fotonya bersama dengan Rossa sempena hari jadi penyanyi tersebut yang ke-44 tahun hari ini.

Tulis Afgan di ruangan kapsyen, “Happy Birthday Bubu, banyak yang telah kita lalui bersama selama 12 tahun ini. Melalui momen jatuh dan bangun, kamu telah menjadi penyambut hayat saya.

“Saya harap kamu terus menjadi rahmat kepada semua orang di sekelilingmu. Dan saya harap kamu menjalani kehidupan yang diinginkan dan banggakan. Saya harap kamu tahu bahawa kamu disayangi oleh ramai orang. Saya sangat bangga dengan kamu!! Selamat Hari lahir.”

Ucapan tersebut menuai perhatian ramai pihak, sehingga kini hantaran itu menerima lebih 121 ribu tanda suka.

Menjadikan hantaran tersebut lebih manis, Rossa turut membalas ucapan yang diberikan Afgan.

“Afgan yang dihormati, terima kasih atas kata-kata indah itu, saya bertuah kerana mempunyai kamu dalam hidup saya. Terima kasih kerana mengingatkan saya, bahawa saya diberkati,” tulis penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-Ayat Cinta ini.

Meninjau ke ruang Instastory Afgan, dia bersama teman-teman yang lain berada di rumah Rossa bagi memberikan kejutan kepada penyanyi itu. Rossa yang kelihatan terkejut ternyata ceria dengan sambutan tersebut.

Afgan pada hantaran InstaStory tersebut menulis, “Happy Birthday Bubu, Sayang kamu tak kira apa pun.”

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen