Uncategorized

‘ Happy Birthday, I Love You Loooooongggg Time’ Indah Beri Ucapan Paling Manis Buat Hael

Share

Sebelum ini, ramai yang telah tertipu dengan ‘kisah cinta’ antara penyanyi Nabila Razali dengan pelakon Aedy Ashraf. Bimbang dengan gimik seperti kes mereka nampaknya netizen kini agak trauma dengan kisah percintaan artis.

Terbaru, ramai yang menyangka gimik bercinta akan berlaku pada penyanyi Hael Husaini dan Indah Ruhaila. Maklumlah keduanya penyanyi, adakah gimik untuk melariskan lagu akan berlaku sekali lagi? Siapa tahu kan?

Sebelum ini, pernah ada dakwaan mereka sedang bercinta, tetapi disangkal Hael yang mengatakan mereka berdua hanya berteman baik.

Namun, disebabkan mereka sering dilihat keluar bersama dan memuat naik gambar berdua di Instagram masing-masing, spekulasi mereka bercinta kini kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Tambahan lagi, Indah telah memuat naik gambar dia sedang memegang tangan Hael dengan ucapan selamat hari jadi dengan kata-kata yang cukup manis!

“H A P P Y B I R T H D A Y L O V E terus sukses i love you loooooongggg time.” tulis Indah dilaman tersebut.

Rata-rata netizen tidak mahu tertipu lagi seperti yang terjadi sebelum ini. Lebih-lebih lagi Indah dan Nabila adalah rakan rapat.

Namun, ada juga yang meninggalkan komen kecewa apabila figura kacak itu telah dimiliki.

Tapi sebenarnya, sehingga kini baik Indah mahupun Hael tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan tentang hubungan mereka berdua. Tetapi kalau betul apa salahnya kan, keduanya masih single. Apapun, jom #MHBelanjaGambar terlajak manis diorang berdua.

Published by
Wani Arifin