Pelakon, Mawar Rashid memuat naik foto-foto sambutan hari ulang tahun kelahiran suaminya, Raf Yaakob, di laman Instagramnya, hari ini.
Di ruangan kapsyen, kelihatan Mawar menjanjikan bahawa tahun hadapan sambutan hari lahir keluarga mereka akan lengkap dengan kehadiran ahli baru mereka.
“Little surprise for you. Insyaa’Allah next time, @raysaachanela and baby pun ada skali dalam gambar.
“Thank you much @surprise.dash @surprise.dash @surprise.dash @surprise.dash @surprise.dash sebab tolong decoratekan menepati cinta rasa Mawar untuk yang tercinta.
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa akui kagum dengan kemampuan dan kreativiti para peserta yang bertanding di dalam program realiti terbaharu, The Hardest Singing Show (THSS).
Bertindak selaku juri tetap, Rossa menyifatkan program ini bukan sahaja menguji kemampuan artis-artis tempatan tetapi turut menaikkan standard program realiti nyanyian.
“Setiap minggu, saya akan terpegun dengan persembahan para peserta. Pengurus saya pula akan menonton di bilik menunggu. Katanya, artis-artis Malaysia ini gila dan sangat hebat.
“Untunglah saya hanya menjadi juri dan bukan peserta. Mungkin patah tulang saya kalau cuba buat apa yang mereka lakukan. Saya salut dengan usaha mereka,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert Divas & Diamond 2024, baru-baru ini.
Ditanya mengenai persembahan yang berjaya memberikan kesan setakat ini, Rossa akui persembahan penyanyi, Aepul Roza yang memijak kaca sambil berkaki ayam pada minggu ke-3 sememangnya luar biasa.
“Saya rasa dia ada menggunakan jampi-jampi. Takut saya melihatnya. Itu piring ibunya ke? Aepul tanpa ragu untuk melakukan aksi tersebut.
“Itulah antara usaha yang sanggup dilakukan para peserta. Mereka buat bukan kerana terpaksa tapi dengan kerelaan dan keinginan untuk memberikan persembahan terbaik.
“Nasib baik dia tidak dirasuk pada malam tersebut. Menang luar biasa persembahannya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Rossa turut tampil memberikan reaksinya selepas ada segelintir pihak yang dikatakan masih belum menerima konsep program baharu tersebut.
“Bisnes hiburan ini memang kena ada gimik-gimik yang berbeza agar industrinya terus meriah dan tidak membosankan. Kenapa kita ingin menonton sesebuah program? Kerana ini menghiburkan diri.
“Tak semua gimik-gimik itu buruk. Malah, gimik-gimik seperti ini yang diperlukan. Dalam program ini, mereka dicabar untuk melakukan perkara yang tak pernah mereka buat.
“Sebagai contoh, minggu lalu, De Fam turun ke pentas dengan tiang bomba. Kalau di rumah, memang tidaklah mereka nak buat hal sebegitu tapi mereka lakukan atas nama seni.
“Para peserta memberikan komitmen yang tinggi demi menghiburkan peminat,” akhirinya.
Terdahulu, program THSS bersiaran secara langsung di Auditorium CIDB pada setiap Ahad, jam 9 malam dan ditayangkan di saluran Astro Ria.
Selain Rossa, dua lagi posisi juri tetap disandang oleh komposer Edry Abdul Halim dan pelakon, Zizan Razak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy memberitahu dirinya kini masih lagi bergiat aktif dalam bidang lakonan meski telah mengenakan hijab sepenuhnya sejak Jun tahun lalu.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir bersyukur apabila rezeki tawaran lakonannya kini semakin bertambah apabila kini penampilannya sudah berbeza daripada sebelumnya.
“Sehingga ke hari ini, masih ada lagi terima tawaran berlakon dan alhamdulillah rezeki pun makin bertambah-tambah apabila dah berhijab.
“Jadi, saya rasa bersyukur sangat sebab apabila saya berhijab banyak ruang dan peluang baru yang datang,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini berkata dia kini akan memilih watak yang bersesuaian dengan imej penampilannya sebagai wanita berhijab sebelum untuk menerima sebarang tawaran lakonan.
Jelas anak kepada penyanyi terkenal Rohana Jalil ini, dia mahu menggelakkan untuk melakonan babak bersentuhan dalam lakonannya.
“Cuma sekarang ini dari segi watak itu saya kena memilih sikit lah sebab kena lihat juga permintaan dari pengarah sama ada atau tidak babak bersentuhan.
“Saya sebolehnya cuba pastikan pengarah okey dengan cara saya yang mahu elak babak bersentuhan dan sekiranya ada saya akan berbincang dulu.
“Kalau mana yang kita boleh ubah atas persetujuan bersama, saya akan buat,” katanya lagi.
Kilafairy telah berkongsi hal tersebut ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun pertama koleksi hijab RR Mono Scarves yang berlangsung di RR Pop Up Store, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Bersempena meraikan ulang tahun pertama ini, Kilafairy antara tujuh selebriti tanah air yang telah dilantik sebagai ‘muse’ koleksi hijab berkenaan.
Selain Kilafairy, antara yang terlibat adalah Ziana Zain, Aina Abdul, Izara Aishah, Amyra Rosli, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman sendiri, Nurida Suraya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, selebriti versatil Ifa Raziah ada memuat naik sekeping foto bergambar dengan sebuah kenderaan mewah berwarna putih.
Dipercayai, ia merupakan kereta yang baru dibeli bintang yang sinonim menerusi lagu Ser Ser Ser ini.
Menerusi ruangan kapsyen, Ifa menyatakan apa yang dilakukan adalah hasil titik peluh sendiri, bukan atas pinjaman pihak ketiga.
“Ini semua titik peluh usaha sendiri .. Takda nak pinjam Along ker .. takda nak pinjam Boss & Ceo ker.. takda nak pinjam Dato Seri & Dato ker.. Takder nak pinjam kereta org sekadar bergambar ker..