Baru-baru ini, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed telah bertindak menegur filem terbaru arahan pelakon dan pengarah, Datuk Fizz Fairuz yang berjudul Mat Tudung Begins.
Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, tindakan beberapa pelakon lelaki yang mengenakan pakaian menyerupai wanita seperti yang terpampang pada poster filem berkenaan sememangnya salah di sisi agama.
Malah, dia juga menyifatkan para pengarah di Malaysia ini seakan ketandusan idea sehingga terpaksa menghasilkan filem-filem yang melanggar syariat.
Tidak berdiam diri, Fizz tampil memberikan reaksi balasnya berhubung kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Jelas Fizz, PU Syed tidak sepatutnya membuat sebarang persepsi negatif berhubung filem ini sebaiknya tontonlah terlebih dahulu untuk mengetahui jalan cerita yang sebenar.
“Terima kasih Syed tapi kenyataan itu salah. Saya bukan hari-hari jadi wanita.
“Itukan cerita. Jangan haramkan dulu sebelum tahu cerita sebenar,” tulisnya.
Selepas lapan tahun, filem komedi yang popular pada 2014, Mat Tudung yang menyaksikan Fizz melakonkan dua watak berbeza jantina, diterbitkan semula dengan versi baharu.
Diberi judul Mat Tudung Begins, kali ini, Fizz bukan sekadar berlakon, malah bertindak sebagai penerbit dan pengarah filem yang dianggarkan membabitkan kos RM800,000 itu.
Terdahulu, selain Fizz yang membawakan watak utama, filem ini juga turut menampilkan barisan pelakon seperti Achey Bocey, Isyariana, Maryam Duriankimci dan pempengaruh terkenal Indonesia, Mimi Peri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram PU Syed & Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi rakaman yang merakamkan dia bersama pasukannya sedang membantu menghulurkan bantuan buat petugas perubatan di sebuah hospital.
Menerusi potongan video yang boleh ditonton versi pernuhnya di saluran YouTube ahli perniagaan itu, Aliff pada masa sama turut mengakui jualan bisnesnya turut mengalami penurunan atas krisis yang melanda negara kini.
Aliff bagaimanapun reda dan menyifatkan ia sebagai satu takdir yang perlu ditempuhi.
“Secara Jujurnya saya juga mengalami kejatuhan sale yang mendadak dalam perniagaan dan kerugian, tetapi saya menganggap ini sebagai satu takdir yang perlu saya lalui.
“Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ini adalah sebahagian niat saya untuk membahagikan rezeki yang ada tanpa bantuan sesiapa hasil duit bisnes.
“Saya yakin juga bila saya membantu ini esok lusa kalau saya dalam kesusahan orang lain akan bantu saya dan mungkin perniagaan saya akan maju kembali amin-amin yarobalalamin,” tulisnya pada entri kapsyen di Instagram.
Aliff juga turut mengumumkan akan terus memberikan sumbangan buat mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
“Korang mahu tengok video yang lebih banyak lagi, korang boleh tengok di Youtube Tv Terlajak Laris dan bermula hari ini separuh daripada sumbangan akan saya sumbangkan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutamanya dalam covid ini.. (lagu latar agama kedaiman),” akhirinya.
Sehingga kini, posting video tersebut sudah pun ditonton hampir 200,000 kali di Instagram dan lebih 90,000 kali di YouTube.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Shahir Zawawi memaklumkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Jaskin Jaludin pada 2 September ini bertempat di Subang Jaya, Selangor.
Memetik Harian Metro, Shahir berkata dia berdebar untuk melangkah ke fasa seterusnya namun dalam masa yang sama teruja bakal menerima keluarga baharu.
“Perasaan saya ketika ini sudah tentu berdebar-debar. Sebab nak pergi ke satu fasa yang juga alam kehidupan baru yang selama ini kita bersendirian, tapi kali ini nak berdua dan berteman. Selain itu masuk dalam keluarga baru.
“Jadi saya perlu sesuaikan diri, membawa diri, dalam masa sama nak pikul tanggungjawab yang lebih besar. Saya kira banyak perkara lagi yang perlu dilalui,” katanya.
Menurut penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, semua persiapan sudah pun disediakan dan cuma menunggu hari untuk diijabkabulkan pada Jumaat ini.
“Sekarang ini saya lebih kepada berdoa, semoga Allah permudahkan segala urusan. Persiapan saya buat ini banyak dalam masa singkat untuk majlis kahwin ni.
“Bagi saya, majlis ini lebih pada nak halalkan hubungan dan dalam masa sama moga Allah permudahkan,” katanya.
Shahir dan bakal suri hatinya akan diraikan dalam satu resepsi di lokasi sama dengan pernikahan, pada keesokan hari iaitu 3 September.
Terdahulu, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim kelapan itu telah mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman keluarga tunangnya di Tawau, Sabah.
Sebelum ini, Shahir turut pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shahir Zawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...