Pelakon Hafidz Roshdi, 30, menyambut ulang tahun kelahiran isterinya, Athira Yuhada.
Sedondon mengenakan persalinan hitam dah putih, Hafidz berkongsikan momen itu menerusi satu hantaran terkini di Instagram.
Malah Hafidz dilihat turut merangkul mesra isteri tersayang.
“Happy Birthday Sayang,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen yang dinyah-aktifkan akses komen.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Disember 2023 lalu.
Majlis raja sehari itu dilangsungkan di Glass House Event Space Shah Alam, Selangor.
Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Athira.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 5,000 tanda suka di kalangan para pengikutnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini