Eyra Hazali ada menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Haziq Nadzli bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-22.
Menerusi Instagram, bintang Nur 2 itu mendoakan agar si suami dipanjangkan usia dan dimurahkan rezekinya.
“Happy Birthday Syurgaku. I doakan sayang semoga panjang umur,dilimpahkan rezeki yang tak putus2 dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
“Thank you for all the things you’ve done for me. Nama sayang akan selalu dalam doa i. I love you so much Suami,” tulis Eyra.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut memberikan dedikasi selain turut mendoakan kebahagiaan kedua pasangan.
View this post on InstagramA post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on
Terdahulu, pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama bersiri, Mr. Grey itu selamat diijabkabulkan pada 1 November 2019 lalu dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.
Foto: Instagram Eyra Hazali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keputusan Itu Dilakukan Bersama,” – Sufian Suhaimi Sahkan Hubungan Merisik Dah Tiada, Pulang Cincin Pada Minggu Kedua Puasa
“Kami masih lagi baik dan tiada isu di antara satu sama lain.”
Demikian kata penyanyi dan komposer, Sufian Suhaimi selepas ditanya mengenai status dirinya bersama wanita yang dikenali sebagai Rania Al Sadat, sekaligus mengesahkan mereka kini memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Sufian berkata, dia memulangkan cincin merisik pada minggu kedua Ramadan.
“Kita masih lagi berkawan, termasuk dengan ahli keluarga masing-masing. Cumanya, hubungan ‘merisik’ itu sudah tiada. Kami terima dengan hati yang terbuka dan tidak menyimpan perasaan dendam.
“Malah sejak keputusan tersebut dibuat, kami masih lagi berjumpa dan berhubung. Namun bila cincin sudah dipulangkan, masing-masing kenalah hormati status. Buat sementara waktu, kami ambil pendekatan untuk beri ruang kepada diri kami.
“Keputusan tersebut dilakukan secara bersama sebab kalau nak diikutkan, perancangan untuk bernikah tu sudah ada sejak tahun lepas. Cuma ada beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk kami bincangkan dengan mendalam.
“Ini kerana masing-masing berpendapat hal perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
“Bukan saya nak cakap yang kita buat keputusan tergesa-gesa juga sebelum ini (merisik), tetapi bila semakin dekat dengan tarikh (nikah), kami berdua berbincang mengenai kehidupan saya dan dia.
“Jadi bila berbincang, kami fikir mungkin perlu ‘take a step back’ untuk fikir masak-masak. Bukan nak kata kami tidak sehaluan, cuma perkara yang dirasakan tidak sesuai untuk saya dan sebaliknya,” katanya kepada MH.
Sufian berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Raya 2024 Bersama Artis Rusa Music & MVM Production di Shah Alam, pada Isnin.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Menggenggam Bahagia itu percaya soal jodoh dan mendoakan yang terbaik buat dia dan bekas teman.
“Bagi saya itulah ‘hikmah’ di sebalik adat yang kita langsungkan sebelum ini. Kita merisik bukanlah bermaksud kita sudah berkahwin. Ia adalah proses untuk saling mengenali.
“Apa pun saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali dan menghormatinya. Keluarganya juga sangat baik sehingga ke hari ini. Kami juga sampai sekarang mengharapkan kebahagiaan buat diri masing-masing.
“Siapa tahu, jodoh di tangan Tuhan. Kemungkinan kita pun akan bahagia bersama-sama juga. Mungkin ada peluang untuk kembali sebagaimana sebelum ini,” katanya lagi.
Terdahulu, tular klip video di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian menyarung cincin di jari manis seorang gadis, sekaligus mencetuskan spekulasi samada penyanyi itu sudah bertunang.
Sufian menjelaskan ia sebenarnya adalah majlis merisik yang dilangsungkan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
Namun pada Mac lalu, warganet mulai membuat spekulasi membayangkan kedua mereka tidak serapat dulu memandangkan masing-masing tidak lagi saling mengikuti di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gempak Habis! Ini 10 Trivia Paling Win Di Konsert Dewa 19 Reunion In Malaysia, Memang Grand!
Wow, MH speechless. Tidak dapat nak digambarkan betapa hebatnya persembahan Dewa 19 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.
Dihadiri lebih 7000 peminat, nyata ‘living legend’ adalah gelaran paling tepat buat band superstar ini.
Bagi yang tidak berpeluang menyaksikan konsert, ini 10 trivia paling gempak korang perlu tahu!
1. Andra And The Backbone menjadi pembuka acara dengan 9 lagu antaranya Musnah, Sempurna dan Hitamku. Andra merupakan pemain gitar utama Dewa 19.
2. Ari Lasso memulakan sesi pertama dengan lagu Restoe Bumi dan menyanyikan 10 buah lagu sebelum Once mengambil alih pentas.
3. Kemunculan Once mendapat sorakan yang maha kuat, aura superstarnya jelas membuatkan peminat histeria.
4. Suara makan kaset, bak kata orang. Fuh, meremang bulu roma mendengar nyanyian live Ari Lasso dan Once. Tidak ubah seperti mendengar kaset.
5. Meskipun Ahmad Dhani tiada, kemunculan anaknya Dul Jaelani mengubat duka peminat.
6. Suasana bertukar sebak apabila Ari Lasso menyanyikan lagu Hadapi Dengan Senyuman dengan diiringi klip video Ahmad Dhani bersama keluarga. Dul Jaelani tidak dapat menahan air mata dan menangis sepanjang lagu dimainkan.
7. Peminat turut sama mengalirkan air mata sebaik klip video menunjukkan Ahmad Dhani memberi kata-kata meminta baladewa dan baladewi mendoakan dirinya.
8. Menyedihkan apabila tiada lagu encore pada konsert ini. Peminat terus menunggu sehingga satu jam sebelum dihalau keluar oleh pasukan keselamatan.
9. Antara artis yang turut hadir adalah Nabila Huda, Bront Palarae, Sara Ali, Mimi Lana, Hasnol Rahmat dan ramai lagi.
10. Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman turut berkenan mencemar duli hadir menonton konsert ini disamping Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Kumpul Duit Sedikit Demi Sedikit Dan Beli…,” – Dari Penyampai Radio, Adam Izzy Buat Persediaan Teliti Fokus Dunia Nyanyian
Mengumpul pengalaman dalam industri serta pengetahuan dalam bidang muzik menjadi bekalan sebelum membuat keputusan bergelar penyanyi.
Itu formula yang cuba diguna pakai bintang baru, Adam Izzy bagi mempersiapkan diri, selain menyedari persaingan yang perlu dihadapi dalam cabang seni baru yang diterokai.
Pada masa sama, dia turut mengambil langkah termasuk mengumpul duit dan membeli kelengkapan berkiatan penerbitan muzik bagi memastikan dirinya faham secara menyeluruh berkaitan bidang tersebut.
“Saya kumpul duit sedikit demi sedikit dan beli peralatan berkaitan serta belajar mengenai muzik supaya saya lebih faham.
“Saya juga belajar di YouTube dan banyak bertanya kepada rakan dan orang berpengalaman mengenai bidang ini,” katanya.
Bintang berusia 27 tahun ini turut mengakui, penerimaan baik single Bahasa Inggerisnya tahun lalu memberikan sedikit sebanyak memberikan semangat untuk muncul dengan karya terbaru berjudul Tak Bersalah.
Ia sudah pun dilancarkan sejak Jumaat lalu sekali gus mengharapkan sambutan positif pecinta muzik lokal.
Bekas penyampai Hitz FM ini juga berharap single terbaharu ciptaan Omar K bersama Ikhwan Fatanna dan dirinya sendiri diterima baik oleh peminat industri muzik tempatan.
“Saya berharap Tak Bersalah yang mempunyai sentuhan Pop RnB ini sesuai dengan halwa telinga semua. Dalam lagu ini pelbagai emosi dikongsi.
“Lagu ini juga menceritakan seorang lelaki yang mempertahankan dirinya dan yakin kebenaran akan terbukti akibat salah faham,” akui Adam yang turut mahir bermain piano.
Lagu Tak Bersalah yang mempunyai lirik dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris ini boleh didengari di semua platform digital dan muzik video ditonton di YouTube Adam Izzy.
Adam turut menambah, dia juga selesa menyanyikan lagu Bahasa Melayu kerana memang mempunyai kawan serta peminat yang menyokong kerjaya muziknya.
“Bila saya keluar dengan single Bahasa Inggeris tahun lalu berjudul Dying Inside, memang ada yang cadangkan saya nyanyikan lagu Melayu.
“Setelah berbincang dengan pengurusan dan rezeki dapat bekerjasama dengan komposer hebat seperti Omar membuatkan saya bersemangat,” katanya lagi.
Terdahulu, Adam bermula di pentas komersial menerusi iklan beberapa jenama ternama sejak kecil sehingga dewasa.
Malah dia juga diberi kepercayaan mengendalikan beberapa acara antarabangsa sebagai pengacara serta kempen yang dijalankan.
Berkenaan persaingan dengan ramai bakat baharu sedia ada, Adam berkata, dirinya hadir dengan bakat yang ada untuk dikongsi dengan peminat industri muzik tempatan.
“Saya mahu memeriahkan industri dan pada masa yang sama menjual bakat saya. Saya percaya ada yang akan menyokong usaha ini.
“Masing-masing pasti ada citarasa muzik dan saya kongsikan apa yang saya ada untuk anda semua,” katanya.
Adam juga rajin membuat ‘cover’ lagu-lagu popular di laman YouTube miliknya dan pernah mendapat pujian dari penyani tersohor seperti Faizal Tahir.
Bagi yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat, kalian boleh berinteraksi secara terus bersamanya menerusi laman Instagram @adamizzy, Facebook Page dan YouTube : Adam Izzy.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI